Thursday, June 2, 2011

Selamat datang Jun 2011!

Sudah hari kedua bulan Jun.hehe.
Banyak peristiwa dan hari istimewa dalam bulan Jun.
Bulan yang dinanti-nantikan setiap tahun.


Buah hati pengarang jantung lahir dalam bulan ini. Ya. kedua-keduanya ^_^

Muhammad Nabil Irsyad akan menyambut ulangtahun ke-3 pada 11hb Jun 2011.
Anak manja mama ni tengah tak sihat. demam. batuk. selsema. cepat lah baik sayang.
pagi tadi Nabil nangis-nangis taknak makan ubat. saya paksa. dia taknak juga. siap sembur balik. saya marah dia tak peduli.

last-last saya nangis sebab rasa luluh pula hati tengok anak sakit. nabil tengok saya nangis terus diam. lepas tu elok pulak dia nak makan ubat. petang tadi siap offer nak makan sendiri ubat tu.hm, apa la kan. nangis depan anak. hish, lepas ni kena control sikit.

Naurah Damia akan menyambut ulangtahun yang pertama pada 15hb Jun 2011.
Jalan dah makin pantas. tapi agak kelakar tengok Damia berjalan. tangan ke depan je. macam tengah pegang stereng kereta.haha.

Siapa tengok Marimar? bila dengar je lagu Marimar, Damia akan sambut 'awww'.haha.comel.

Adik  bongsu saya yang jauh di perantauan akan menyambut ulangtahun yang ke-22 pada 20hb Jun 2011. tapi 30hb Jun 2011 beliau balik Malaysia. turun kat Singapura. tak pe la. dah dekat pun. setakat ni tiap-tiap tahun beliau balik beraya kat Malaysia :)

Dan, selamat hari lahir juga kepada kawan-kawan saya yang sambut Hari Lahir bulan Jun.

harini : Rohaya Basir, Norita Mohd Noh & Fadilah Hamidun.
3 Jun : Azra Mohd Farid
10 Jun : Sri Melati, Hazwani Ahmad
11 Jun : Marzny Omar
14 Jun : Aida Fahmi & Nana
15 Jun : Suhaida Sukarja
18 Jun : Nurul Huda aka Chubby

Selamat Hari Lahir :)
Selamat Hari Lahir juga kepada semua yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan Jun.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

3 comments:

zahidah seran said...

auw...gaya marimar damia tak menahan..=)

Bunga said...

adik la tu dalam pic??

aNiM said...

mak long: marimarrr..awww!!hihi

bunga: ye.adik bongsu sayee :)