Monday, June 6, 2011

Laksa Lemak @ Laksa Kelantan

Sabtu lepas, jiran sebelah rumah saya Puan Z bagi laksa.

saya: apa ni?
Puan Z: laksa lemak
saya: apa? laksam eh?
Puan Z: laksa lemak.
saya: laksa kelantan ke?
Puan Z: ha'ah. makan tak?
saya: makan kot. haha.jangan risau. semua saya makan.

sebenarnya saya tak pernah makan pun laksa lemak @ kelantan. yang saya selalu makan laksa penang. saya try google. rupanya nama lain untuk laksa kelantan ialah laksa lemak.

sedap juga. saya takde masalah nak makan sebab saya memang suka nasi kerabu, laksam dan apa je la makanan.haha. err..tapi kenapa ye.saya tak reti makan tempoyak dan cencaluk.huhu. saya sangat suka durian tapi saya tak reti makan tempoyak. haih.

okeh. dah melalut. sebenarnya saya nak share resepi laksa kelantan @ laksa lemak yang saya jumpa resepinya di blog Mat Gebu. nampak menarik pulak. ni yang semangat nak masak sendiri lepas ni.haha. terima kasih Mat Gebu!


Laksa Kelantan
Apa yang penting untuk laksa kelantan, sambal belacan "WAJIB" ada, kalau tak, no good, tak naik rasa dia..serius waa cakap sama luu...Ulam2 pun mesti ada, timun, taugeh, bawang, hirisan daun kesom dan hirisan kacang panjang....haa, kacang panjang tu mat ganti dengan kacang buncis, biasalah lupa nak beli koo, maklumlah dah tua...Ok tanpa berlengah lagi jom kita semak resipi...

BAHAN KUAH LAKSA :-)
5 ekor ikan kembong (resipi asal guna ikan selayang), siang, cuci bersih dan toskan*
1/2 camca besar gula*
1/2 camca teh garam*
Gula melaka sebesar ibu jari, dihiris*
2 cawan air*
1 keping asam gelugur*
4 cawan santan dari 1 biji kelapa
3 keping asam gelugor
1 genggam daun kesom (resipi asal tak letak)
Garam dan gula secukup rasa
4 biji bawang merah
1/2 inci halia

BAHAN LAIN :-)
Laksa secukupnya (mat guna laksa segar)
Hirisan halus timun
Taugeh, dibuang ekor
Hirisan bawang besar
Hirisan pucuk daun kesom
Hirisan kacang panjang (mat guna kacang buncis)
Sambal belacan ( 5 biji cili merah + 1 inci belacan + sedikit garam = tumbuk halus)
Belahan limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LAKSA :- Rebus ikan kembong tadi bersama2 bahan bertanda (*) hingga ikan masak. Keluarkan ikan dan asingkan isi dari tulang. Kisar tulang ikan tadi bersama air rebusan dan tapis. Kemudian kisar pula isi ikan bersama bawang merah, halia dan 2 cawan santan. Tuang dalam periuk bersama stok ikan, baki santan, asam gelugor dan kacau rata. Bila mendidih, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masukkan daun kesom dan renih hingga kuah sedikit pekat, kacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. UNTUK LAKSA KELANTAN :- Masukkan secukup mee laksa dalam bekas sesuai. Tuang kuah laksa dan letak bahan2 ulam beserta sambal belacan dan belahan limau kasturi. Hidangkan segera....
ha, macam senang je ek? yang ni pulak gambar laksa lemak yang dihantar oleh Puan Z.hihi. rupa tak sama. tapi sedap juga :)

okeh.selamat mencuba :)


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

8 comments:

amiey lee said...

mcm laksam ek?
huhu sedapnye mcm nk g kesana makn hahahahaha

Ila said...

ila suka laksa penang..laksa kelantan ni tak boleh masuklah..huuhhu Jom Baca Bekas Kekasih

mrs redzuan said...

kawan opis aku ganu tapi gini gak rupa laksanya. lemak berkrim...macam laksam gak rasanya kankan.cuma guna mi laksa...

aNiM said...

amiey: aah, macam laksam.nak ke?sori.dah licin.haha

ila: saya pun suka laksa penang.pak mentua orang penang.hihi.ni first time rasa laksa lemak.ok la.boleh terima sebab saya makan laksam.hehe

mak long: aah.rasa macam laksa.beza guna mi laksa je.kankankan.haha

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam anim..k.atie pon xpernah mkn laksam nih!

aNiM said...

sis atie: tak pernah makan?sama la.1st time makan laksa lemak.hihi.

laksam selalu makan dulu masa study.

zuwaidah said...

laksa lemak ni famous jugak di thailand kan...masa di perlis dulu selalu gak makan laksa nih...sedap lerrrr...KL susah nak cari (nak buat malas hahahhahaha)

aNiM said...

zuwaidah: aah.sedap.lagiii sedap kalau orang tolong masak.haha.ye ke kat thailand femes?hihi.sebab dekat dengan kelantan kot :)