Tuesday, May 24, 2011

Part 1: majlis Aqiqah baby L serta sambutan ulangtahun nabil dan damia :)

Sabtu ini 28hb Mei 2011.akan berlangsung majlis aqiqah sepupu kecik nabil dan damia - Luqman Al Faateh.
Luqman genap 2 bulan sabtu ni.umi dan Abi dia nak buat majlis kat rumah mak saya.Luqman lahir kat kampung opahnya kat Ipoh. tak sabar nak cium-cium Luqman.

~baby Luqman Al Faateh yang dirindui sedang lena diulit mimpi~

~dari kiri: emak, bapak, Ajoe aka Abi Luqman, Farah aka Umi Luqman dan baby L~

Sabtu ni juga saya merancang nak percepatkan sambutan hari ulangtahun ke-3 Muhammad Nabil Irsyad dan ulangtahun pertama Naurah Damia.sebabnya semua sedara mara dah berkumpul.lagi best buat awal.kan?kan?kan?

Kakak saya Puan Zahidah telah sudi menaja Homemade coklat yang ditempah kat Linda ChocCraze.wahh..bestnya.
nak tengok macam mana rupa coklat tu?

tadaaaaa...






kek pun dah tempah.saya tempah kat kawan saya.juga satu kampung. Siti Norayu Mt Ali. semangat ek?hehe.kek coklat yang direquest oleh Nabil. Nabil nak kek tu ada Jcb dan escavator.mak aih..kami jalan-jalan cari tak jumpa pulak yang saiz kecik. tengok la macam mana.

Nabil tengah tak sihat.memang manja sangat-sangat la jawabnya. kat bibir dia ada ulser. nasib baik nak makan.kalau jadi macam dulu.seminggu taknak makan.memang haruuu..

Damia dah banyak langkah menapak.wah, sambut 1st Birthday nanti dah boleh lari kot.haha.

ok.saya akan update lagi pasal majlis aqiqah yang bakal berlangsung sabtu ni.sekian.

p/s: malam ni jangan lupa tonton Asmara 2.sangat menci tengok Zira.sangat kesian tengok Zaliya sedih je. cerita dah nak tamat. tapi apa la kesudahan cerita ni ye?jangan tergantung tak bertali macam sinetron Sejuta Cinta Marshanda sudah la.menyakitkan hati.oppss..sorry.teremo lebih pulak.hihi

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

1 comment:

mrs redzuan said...

panjangnye Luqmannnn...=)