lama sangat tak menulis di blog ni. bukan bersawang saje. dah berkarat juga otak nak mengarang ayat. ops, iman saya masih kuat ye. bukan dunia apa pun. dunia blog. boleh gitu? hm, dunia blog macam dah tak de makna dah. kenapa ye? agaknya lama sangat cuti raya hari tu, sekarang rasa macam nak cuti terus. hukhuk. bukak blog pun buat syarat je. nak menziarah kawan-kawan pun tak sempat. kenapa ye??
semalam birthday mak terchenta yang ke-51. saya takde buat apa-apa pun. ape la kan. yang mampu saya buat cuma pulut kuning dan rendang daging. sebelum ni saya tanak je pulut sebab malas nak kukus. tapi semalam datang angin rajin kononnya, saya kukus. sedap (ehehe. terpaksa puji diri sendiri). lepastu buat bentuk bunga. eceh!
kami tak beli kek pun. sebab ahad ni 9 oktober 2011 birthday enSuami pulak. kami decide nak beli sekali je nanti. kehkehkeh. kedekut ke?
semalam adik ke-6 cakap teringin nak makan kek. kami singgah kedai kek. beli la kek yang potong kecik-kecik tu. buat lepas ngidam. muahaha.
birthday enSuami nanti nak masak apa pulak ek?fenin..fenin..
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
2 comments:
Apa lagi tanyalah chef google :D
salam anim.apa kabar?tue la lama anim menyepi dr alam maya ni.Biasa anim la yg rajen singgah ke 'umah' k.atie,.
Semoga anim bahgia selalu...
Post a Comment