Wednesday, August 10, 2011

siapa nak belanja kami berbuka puasa esok?

salam Ramadhan semua..
dah 4 hari kami berbuka puasa kat luar je.
sabtu, kami berbuka puasa kat rumah MIL. puasa ke-enam baru lah berpeluang pegi bazar Ramadhan. memang macam orang jakun. haha. tu sedap ni sedap. yang tu nak...yang ni pun nak..nak dijadikan cerita juga. lepas buka puasa kat rumah MIL tu, kami ke rumah mak saya sebab turn bersahur kat rumah mak saya pulak. hehe. damia macam kemaruk nak makan itu ini. perut dia toksah cerita la. dah buncit.

mak saya makan ikan keli gorang. fuh! feveret damia ok. damia pun makan la juga. entah macam mana, suapan terakhir tu mak saya tak perasan pulak ada tulang. damia tercekik tulangggg!!

saya terus jolok tekak dia, lepastu dia muntah, keluar tulang ikan keli. panjang juga. oh ngeri..dan lepastu dia meraung-raung je tak mau diam. saya pun meraung la sekali kan. dapat mama kememeh, nasib la damia. dah hampir 1 jam dia nangis je, kami buat keputusan bawak dia pegi klinik. ye la, banyak kali juga check tekak dia, tak nampak pulak ada tulang lagi ke hape. takde pulak. haih. dah pukul 11 lebih klinik mana yang bukak kan?

last sekali, kami bawak damia pegi hospital Kluang. tau je la hospital macam mana. memang lemau la. kena tunggu turn sikit punya lama. yang si anak dara ni dah melalak macam kena dera. lepas check (memang dah takde tulang - damia nangis je sebab tekak dia luka), ambik ubat, damia terus tidur sampai pagi. kami ni dah pening-pening lalat sebab sampai rumah je dah pukul 1 pagi. nak bangun sahur lagi..adess..

ok. habis cerita pasal damia.

ahad puasa ke-7 kami berbuka puasa kat luar. enSuami baik hati nak belanja makan. kami sekeluarga dan FIL dan puan suraya and family bercuti masak. hehe. makan sampai licin okeh. memang selera kan kalau makan ramai-ramai. lebih-lebih lagi kalau tinggal makan je. ngee~

isnin puasa ke-8, saya masak juga menu berbuka ala kadar je. sebelum berbuka, enSuami yang baik hati lagi masak char kuey teow. siap bungkus. saya dan nabil tukang hantar ke rumah jiran-jiran terdekat. Alhamdulillah.. lepas isyak, kami ke bandar sebab nabil cakap nak makan pizza. eleh, cakap je nak makan. tapi kami yang tukang perabis. dia bukannya nak makan pun. kami makan kat Domino's Pizza. sedap juga. first time weh makan Domino's. yela, kat Kluang ni baru je bukak. hehe.

harini..selasa puasa ke-sembilan..enSuami kena ke Kota Tinggi. kami ikut je la. berbuka puasa kat luar juga. makan sampai licin. hehhe. kami makan siakap kukus, kailan ikan masin, butter prawn, sotong gorang tepung, kerabu campur dan tomyam campur (ni melantak namanya). gambar malas nak upload. hehe.

esok, kami berbuka kat rumah jela..lusa pun sama..tulat pun sama..masak simple-simple je sebab enSuami tak balik. ada sesiapa nak belanja kami buka puasa esok tak? mood malas masak sedang melanda. adehh..

Jom komen dan menang t-shirt yang ada tampalan felt :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

6 comments:

fieda said...

amboi...bestnyer dia berbuka kt luar..kt sini kalau nk berbuka kt luar jwbnya kul 3-4 dh nk kena tempah meja..busy giler la kl ni..

fieda said...

nak join la bju tu..ada nama damia la....kakak anim punya ke tu...?

syawalsimpsons said...

kikiki...mmg coti pon memasak N extra coti tok diri sendiri hingga la selasa..kikiki....

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

SALAM aNIM..JOM BRBUKA KAT UMAH K.ATIE LAK..

aNiM said...

@fieda: kak, memang best kan sekali sekala dapat buka kat luar. hehe. kitorang book dulu. tapi tak la awal sangat pukul 3-4 tu. saya book pukul 5.hehe.kat kl tu memang busy ek. kalau lambat memang tak dapat la kot.

akak nak join la. komen kat entri tu. insya Allah ada la rezeki :) gud luck akak. aah, tu akak saya yang buat. saya juri jemputan, huehue

aNiM said...

@syawalsimpsons: sekali sekali cuti memasak memang syok ek. hehe.

@ ♥♥azatiesayang ♥♥ : kak atie..bestnya. kalau kak atie dekat, hari-hari saya buat muka tak malu buka puasa kat rumah kak atie. hehe