saya nak sambung entri semalam di sini.
penatnya. penat rewang tak hilang lagi. pada hal cuma jadi pembancuh air je. hihi.
menu majlis yaasin kat rumah nenek saya semalam:
1) nasi ambeng
2) kuih muih
3) air sirap o
4) air sirap bandung soda
pernah makan nasi ambeng tak?biasanya makan nasi ambeng dalam dulang. lauk letak kat tengah-tengah. satu dulang makan la berempat. best makan berebut.hehe. lauk nasi ambeng biasanya mesti ada serunding, ayam masak kicap, sambal goreng, ikan kering, urap, sayur dan ada yang letak mihun goreng atau mi goreng. sila betulkan kalau saya silap.hihi.
sebenarnya dah lama gila tak makan nasi ambeng. bila sampai je rumah nenek, pergghh.. tak sangka dapat makan. dulu masa kerja kat pasir gudang macam senang je nak jumpa nasi ambeng ni. sarapan pun ada jual. kat kluang ni susah pulak nak jumpa.
~nasi ambeng dalam dulang. orang jawa macam saya mesti tau nasi ambeng ni macam mana kan?~
~sirap bandung soda special.ngee~
~kuih muih yang ada.banyak wooo.saya bawak balik juga.haha.wajib tapau~
~yang ni bontrot untuk tetamu. ada lebih saya bawak balik. yang bungkus untuk saya pun ada juga. bungkus special punya. sampai rumah terus ngappp lagi~
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
2 comments:
bontrotttttttttt..manyak bututtt looo...
adeh.ko tulis tu aku dah boleh bayangkan kepekatan jawa totok itu.kakakaa~
Post a Comment