Saturday, August 20, 2011

pemenang giveaway : feel and felt sudah ada

keputusan giveaway : feel and felt dah diumumkan. tahniah kepada semua pemenang. terima kasih kepada Puan Zahidah sebab sudi lantik saya sebagai juri jemputan. sebenarnya saya sangat-sangat tak reti pilih mana satu komen terbaik. saya bagi chance kat juri tetap iaitu Puan Zahidah dulu untuk pilih. kemudian baru saya bagi pendapat dan komen dan sokongan untuk keputusan giveaway ni. haha. poyos.

nak tahu keputusan sila klik http://oneaza.blogspot.com/2011/08/pengumuman-pemenang-giveaway-feel-and.html.

saya masih tak sempat berblogging. oh! sungguh sedih. busy sangat ke? maklumla kan..raya dah dekat. banyak la benda nak kena buat. kemas sikit-sikit bila nak siap. ada 2 orang pembantu cilik lebih hebak bab mengemas ni..adehh..

semalam, adik ipar saya yang berdarah manis sebab statusnya sebagai tunangan orang excident pulak. kat serdang. dia naik motosikal. kena langgar dengan kereta BMW tapi kereta tu tak stop pun. kiranya kena langgar lari la kan. nasib baik tak patah di mana-mana. dugaan.. nak sambut raya lagik.hm..

kepala saya agak pening sikit sebab saya ni penakut. saya takut tengok luka-luka eksiden tu. huwaa..

semoga pak anjang cepat sembuh. kena berpantang sikit la kot biar cepat baik luka tu..jom tengok gambar.err..sesiapa yang penakut macam saya tak payah scroll ke bawah. hehe.




~gambar ihsan cik dhiah ahmad.terima kasih~

p/s: ni entri 2 in 1 la ye. nak bagitau tentang keputusan giveaway sekali ku combinekan saje entri kemalangan ni. huhu

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Wednesday, August 17, 2011

Popia nestum holicks

Salam Ramadhan..
Sana sini bau kuih raya.. tergoda i tau.. hehe.
saya buat kuih raya yang paling simple abad ini. haha. jiran saya eny sebut-sebut pasal kerepek nestum. saya tak pernah dengar sebenarnya. apa lagi. tanya la kat chef Google kan. eny siap dah bagi satu tupperware kecik kat kami untuk sesi merasa. hehe. terima kasih :)

saya jumpa resepi kat AzaliaHjSalleh. terima kasih ye..
saya buat together-gether dengan chef cilik saya iaitu Nabil. semangat sungguh nabil bila orang offer dia tolong masak. hehe.

Bahan-bahan yang sungguh mudah disediakan:

Kulit popia
Horlicks
Nestum
Gula icing
minyak untuk menggoreng

Untuk penyediaan kulit popia:



Kulit popia yang besar macam ni kena potong la kan.. kalau ikut AzaliaHjSalleh, dia potong kecik-kecik macam kat bawah ni lepastu gulung guna straw. saya beli kulit popia yang sederhana besar. kenapa ek? tak sengaja la. hehe.


tapi ikut tahap kemalasan dalam diri saya ni, saya bahagi tiga je kulit popia yang yang sederhana besar tu. lepas tu gulung terus. lepastu saya gunting sepanjang 2 inci. senang kan? memang kerja orang malas ^_^

lepastu goreng kulit popia yang dah siap. api jangan besar sangat. Pengawalan yang ketat perlu, sebab tak mahu kulit popia tu bertukar keperangan . warna putih adalah yang terbaekkkkkkata AzaliaHjSalleh. hehe.

Selesai menggoreng, toskan dulu.
Sambil tos, boleh sediakan bahan-bahan untuk serbuk NESTUM HORLICKS. Nisbah terbaik adalah..

2 cawan Horlicks : 1 cawan nestum dikisar halus : 1 cawan gula icing

lepastu boleh gaul popia yang dah siap goreng tadi dengan serbuk nestum horlicks. simpan dalam bekas kedap udara. boleh makan sambil menonton Kasih Alia atau Ramadan Terakhir di TV3. penuh emosi. krapp krupp..krapp krupp..sedap tau. makan macam tak boleh berhenti.

* sebenarnya kerepek nestum dah tinggal habuk. memang tak jadi kuih raya la..dekat raya kang nak kena buat lain. huwaaa..

oh ya, kat bawah ni kerepek nestum versi saya. warna tak putih la. hehe.


p/s: gambar selain gambar kerepek nestum versi saya adalah hasil rompakan dari AzaliaHjSalleh. terima kasih sangat-sangat :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!