Saturday, September 25, 2010

Minat

Saya rasa nabil mempunyai minat yang sama macam ayahnya.

Kenapa?

Sebab setiap kali enSuami balik kerja dia akan menjerit dengan penuh excited..

"ayah!! abin nak tengok JCB..nak tengok kren bergerak..nak tengok escavator.."

Hm..kalau kanak-kanak lain saya tak tau la.mungkin ada yang menuntut nak ke kedai..playground..ke mana-mana la yang mereka suka..

Kadang-kadang enSuami dah lewat nak ke tempat kerja tapi terpaksa melayan kerenah si anak yang bijak ni.sampaikan cangkuk JCB pun dia boleh nak tengok asalkan dapat tengok walaupun JCB tak ada kat situ.

Setiapkali saya surf internet, Nabil akan duduk sama dan dia akan minta saya bukak youTube sebab dia nak tengok JCB.hm..saya pun pening tengok JCB lama-lama..dia sanggup tahan mengantuk.kadang-kadang saya terpaksa menipu.."internet takde la sayang.."huhu.berdosakah saya?

Ada satu ketika enSuami kena bekerja hari Ahad.jadi dia bawa Nabil sekali.saya dah boleh bayangkan betapa seronoknya Nabil sebab dia boleh nampak semuanya 'live' depan mata.hm..mari kita tengok gambar-gambar ni ye..



Saya tak pasti minat Nabil akan berterusan sampai besar atau akan berubah mengikut masa,tempat,orang sekeliling dia.tapi saya tak kisah asalkan dia menunjukkan perkembangan yang sihat.dan minat dia tak tersasar dari landasan yang sepatutnya.Damia?hehe.baru 3 bulan kan dikk..tunggu la nanti..

Monday, August 30, 2010

Zoo

Aktiviti kami hari ini adalah pergi ke Johor Bahru..jalan-jalan cari pasal..hehe.

Memandangkan enSuami bercuti hari ini,kami membuat keputusan untuk ke Johor Bahru.saya ada benda nak disettlekan di pejabat ASB.jadi sambil menyelam minum air.beberapa hari lepas saya sudah terlajak kata kat Nabil.saya cakap nak pergi Zoo Johor sebab ayah cuti.jadi selama beberapa hari itulah dia 'mengingatkan kami' tentang keterlanjuran kata saya tu.huhu.

"adik nak ikut ayah pergi zoo tak?.." itulah ayat yang sering diulang kat Damia.

Sebenarnya enSuami beli DVD cerita Zoo yang pelakonnya adalah Lan Pet Pet dan Lisa Surihani.dalam satu hari Nabil akan ulang tayang DVD tersebut sebanyak yang dia mampu nak tengok.memang saya tak berpeluang nak menonton rancangan kegemaran saya di TV.hm..sebab tu la saya terrr...janji dengan dia untuk ke Zoo.

enSuami boleh pulak lalu kat Zoo Johor tu beberapa kali dan cakap kat Nabil kami akan selesaikan urusan saya dulu baru ke Zoo.agaknya Nabil rasa tertipu jadi dia menangis sepanjang masa.hm..sangat sedih.menangis dan menangis..kami belikan Nasi Ayam di KFC.tapi dia taknak makan."tutup dulu.."katanya.

Akhirnya kami ke Zoo Johor.tapi saya dapat tengok 5 minit saja.sebab puteri lilin saya cik Damia tak tahan panas.merengek-rengek.jadi saya dan Damia cuma lepak dalam kereta je.enSuami memikul tanggungjawab untuk 'memuaskan hati' Nabil.maklumla dah lama dia tunggu saat ni.hehe.

Lepas puas meronda dan mengambil gambar,barulah Nabil boleh tersenyum puas.enSuami cakap tak habis round pun sebab dia dah tak larat nak jalan.maklumla puasa.hehe.takpe la..yang penting hajat hati si anak yang bijak tertunai.mulut Nabil becok bercerita haiwan yang dia tengok.enSuami dan Nabil sempat ambil gambar dengan singa.wah...dengan gembiranya dia tunjukkan kat saya.dan..dengan seleranya dia makan Nasi Ayam yang dibeli oleh si ayah tadi.alahai..

Ini lah antara wajah gembira dan puas Nabil masa melawat Zoo Johor.dan dia berpesan berkali-kali kat ayahnya.."nanti ayah bawak abin pergi zoo lagi eh..".



Kami singgah ke Angsana.sebenarnya kami dah tak larat nak berjalan.tapi disebabkan kami nak cari topi baru untuk Nabil jadi kami gagahkan diri.hehe.

Lepas dapat apa yang dicari..kami pun pulang..Nabil dan Damia lena tidur sebab kepenatan.kami pun penat tapi enSuami masih kena gagahkan diri untuk memandu pulang.hehehe.saya pulak kena berjaga sebab tak adil kalau saya tidur kan..(kononnya la..hehe).



Esok adalah Hari Kemerdekaan yang ke-53.Selamat Menyambut Hari Merdeka!Merdeka!