Friday, June 8, 2012

Aduh rasa macam nak pengsan sekarang juga

Penat berganda.
Minggu lepas busy sangat rewang kat rumah MIL.
Adik iparku encik Ridhwan dah join kelab suami mithali. heheh.
Aku, Nabil dan Damia berkampung kat rumah abah. paling lenguh kena buat sagun. gilir-gilir kacau sagun dengan Dhiah. ingat tak dulu-dulu masa kecik selalu beli sagun? tapi yang ni sagun Arab. fuh. macam nak tercabut tangan den. ngehehe.

Nikah pada 1 Jun 2012. Eh daku yang terlebih debaran di dada. haha. tahniah iwan. sekali lafaz je kan.
Majlis pihak perempuan pada 2 Jun 2012. Tema merah dan putih. meriah. tapi yang paling aku tak boleh lupa ialah cupcake nye yang sedap bangat. eheh. aku dan nabil habiskan time tu juge.
Majlis pihak lelaki pada 3 Jun 2012. Tema hijau.

Yang jadi penat sangat kononnya sebab enSuami jadik photographer. dibantu oleh adik ke-enam saya cik Siti. sambil tu dah tentu la aku jadik tukang sibuk juga kan. haha.
Malam tu basuh pinggan sampai rasa nak patah pinggang. adeh deh deh..

Nabil demam. haru sungguh. penat rewang la kononnya kan.  lepastu Damia pulak take turn. Nasib baik anak-anak mama kuat semangat. sekejap je demam dah ok :)

ok sekarang nak cerita part yang paling tak larat. Birthday Nabil 11 Jun nanti. Damia pulak 15 Jun. tapi kami plan nak buat time cuti skool ni juga. sebab sepupu-sepupu nabil ada. penat rewang tak hilang lagi. ni dah berapa hari berkejar ke sana sini cari barang untuk buat majlis hari lahir nabil dan Damia. niat di hati nak order kek idaman Nabil tapi tak sempat dah. dia nak kek Ultraman okeh! sudahnya kami pilih kek sama-sama. beli kat kedai kek je. bentuk Ladybird. nasib baikla Nabil dan Damia ok je. tapi terpaksa la beli juga mainan Ultraman sebagai ganti. hukhuk.

yang paling excited nak buat majlis ni ialah adik ke-enam saya. jadi, dialah yang buat semua kad, sticker bagai tu semua. menu? nanti la habis majlis baru update. huhu. harapnya majlis berjalan lancar. muka den pun macam hape dah. petang tadi pegi edar kad jemputan. fuhh. pengsan (macam la ramai beno tetamu yang den jemput kan?)

Jemput datang ye ke majlis hari lahir Nabil dan Damia pada 9 Jun 2012 nanti. sila pakai baju warna merah. hehe. sebenarnya kami kena berjaga malam sebab waktu ni la yang paling aman nak buat kerja. kanak-kanak liget dah tidur. tapi kepala dah ting-tong ni. ngantuk gile. huwaaaa..


Ape la. sekejap aku sekejap den. ape-ape je la kan. babai :P

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Friday, March 30, 2012

Bukannya lupa tapi tak ingat

Eh harini dah 30haribulan rupanya. cepat je masa berlalu. sejak dua menjak ni saya selalu tak ingat tarikh. saya cuma ingat hari je. teruk kan? agaknya anak dah sekolah nanti baru ingat tarikh kot. bukan apa. kesian. sejak masuknya tahun 2012, saya selalu lupa tarikh hari lahir mereka-mereka yang penting buat saya.

Bulan Januari adalah hari lahir adik kelima dan ke-enam. saya bukan lupa hari lahir diorang tapi bila dah sampai tarikh tu je, memang lupa. dah tengahari baru ingat. tupun sebab bukak fesbuk.

Bulan Februari adalah hari lahir kakak saya dan adik ketiga. kebetulan kakak saya ada kat kampung sebab ada majlis perkahwinan adik ipar beliau. dah tengahari kot baru ingat tu pun sebab adik kelima wish kat laman muka buku. ish.. saya buat bubur sum-sum hari tu. kesiankan. kononnya gantikan kek harijadi la kot.  haha. benda sama juge jadi. saya tak ingat tarikh masa hari lahir adik ketiga. hadoila..

Bulan Mac pulak hari lahir si comel Syawal Yafiq, Luqman Al Faateh dan abah in law yang disayangi. kesian syawal sebab mak ngah kamu yang dah makin tua ni tak ingat tarikh tu. 10 Mac kan? Syawal dah 2 tahun. nasib baik la masa birthday Luqman, bapak saya post kat fesbuk. saya pun tumpang sekaki la wish. hehe. dah 1 tahun dah Luqman yang hensem ni..tapiiiii yang paling menyedihkan adalahhh..saya tak ingat langsunggg 27 haribulan tu. saya dah set dalam kepala dah dua tiga hari sebelum tu. tapi bila tiba harinya memang hilang ingatan oke. esoknya masa enSuami balik kerja MIL tanya tak ingat ke 27haribulan hari apa? alamakkkk..maaf abah. ape punya menantu daaa..

maaf la ye. saya pun taktau ape dah jadi dengan otak saya ni. nak kena cuci kot. kalau dulu saya la yang pertama ingat (eceh!). sekarang? takpela. saya mungkin tak ingat tarikh-tarikh tu..tapi kasih sayang saya pada semua yang saya sayang tak pernah berkurang. saya sayang semua. saya sentiasa doakan yang terbaik untuk semua. in sya Allah..

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!