Friday, December 31, 2010

Kek Coklat Moist Kukus


Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A

1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak

---> gaul sebati dan masak atas api perlahan.bila dah sebati, 'rehatkan' sekejap adunan tersebut.

Bahan B

3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

---> ayak semua sekali

Bahan C

4 biji telur

---> pukul. (saya guna blender..hehe)

Cara-cara membuatnya:

1. satukan bahan B dan C ke dalam bahan A secara selang-seli.jangan gopoh ye.
2. gaul dengan senduk bila dah sebati.
3. masukkan dalam loyang yang disapu minyak.
4. kukus selama 40-60 minit.
5. dah masak sila makan.hehehe.saya tak buat topping.kalau nak topping sila tanya chef Google.

Selamat mencuba.saya rajin nak buat sebab adik ke-6 saya jadi assisstant.dan si kecik nabil dan damia turut 'ringan tulang' membantu.huhu.


model kek coklat moist kukus.huehue.

Kek Pelangi



Bahan-bahan:

4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan tepung (ayak)
1 sudu kecik esen vanila
1 sudu besar ovelete
pewarna - hijau, merah dan kuning (nak pilih warna lain pun boleh)

Cara-cara membuatnya:

1. pukul telur dan gula sampai kembang
2. masukkan ovelete dan esen vanila.pukul lagi.
3. masukkan tepung.kacau guna senduk.
4. bahagikan kepada 3 adunan tadi.masukkan pewarna.
5. masukkan ke dalam loyang.tuang berselangseli adunan yang berlainan warna tadi.
6. kukus selama 45 minit.
7. dah masak sila makan.makan panas-panas pun sedap.

** sila hantar kat rumah jiran sebelah.sebab bau kek ini sangat sedap menusuk kalbu.hehehe.
** sangat sedap okeh.nabil yang tak berapa nak makan kuih boleh makan kek ni.saya buat lagi satu adunan dan buat bekal enSuami ke tempat kerja.ehhehe.

Wednesday, December 22, 2010

Syukur..

Harini saya taknak 'gaduh' dengan Nabil.taknak paksa dia makan.sedih.suara dia dah serak sebab asyik menjerit je.pagi-pagi saya bancuhkan susu untuk dia.dia minum 1 mug.Alhamdulillah..sambil-sambil dia main kami suruh dia minum air masak (sejuk).

Tengahari saya bagi dia minum susu lagi.1mug.Alhamdulillah..lepas tu dia tidur.bangun tidur baju dia basah kuyup.sebab?dia kencing banyak sangat.takpe sayang..mama boleh cuci.asalkan nabil nak minum air banyak-banyak.biar ulser kat mulut tu cepat sembuh.

tengah sibuk-sibuk surf internet,adik ke-6 saya,Tt melayan nabil.mula-mula dia bagi nabil gula-gula.nabil cuba-cuba makan.hisap sikit-sikit guna bibir.heheh.lepastu dia bagi kerepek selayang.nabil kunyah sikit.keluarkan semula.'tak sedap'kata nabil.

lepas tu Tt masakkan megi cap XX perisa ayam bawang.mana tau dia nak makan.ha..tu dia..dah siap masak.nabil duduk bersila depan TV.mula-mula try makan secubit..pastu sikit lagi..pastu sikit lagii..dan lagi..dan laaaagggiiii..Alhamdulillah..

takpe la kan.makan megi dulu.mesti lepas ni dia dah confident nak makan.boleh la makan nasi pulak.sebak pula rasa.bercampur baur.hepi sangat.Syukur padaMu ya Allah..

He's Beautiful, Korean Drama @ 8TV


Ko Mi-Nyeo & Ko Mi-Nam (both played by Park Shin-Hye) are twin brother and sisters. They grew up in an orphanage and never knew their parents.

As a young adult, Ko Mi-Nyeo is set to become a nun. On her way to pick up a ticket for Rome a strange man catches up to her. The man's name is Ma Hoon-Lee (Kim In-Kwon) and he explains that he's the manager for popular boy band "A.N.JELL". He also explains that her twin brother Ko Min-Nam, who just joined the band, was seriously injured and sent to America to recover. Ma Hoon-Lee then pleads to Ko Mi-Nyeo to impersonate her brother until he recovers. For her brother's sake, Ko Mi-Nyeo reluctantly agrees to play her brother.

A.N.JELL band member Kang Shin-Woo (Jeong Yong-Hwa) first discovers Ko Mi-Nyeo's secret, but he keeps it to himself. Kang Shin-Woo also tries to help her out without Ko Mi-Nyeo knowing. He also starts to develop feelings for her.

Meanwhile, A.N.JELL's singer/songwriter/vocalist Hwang Tae-Kyeong (Jang Geun-Seok) discovers Ko Mi-Nyeo's secret. Hwang Tae-Kyeong (Jang Geun-Suk) is an extremely gifted musician, but his personality is cold and he is a control freak. At first Hwang Tae-Kyeong tries to kick Ko Mi-Nyeo out of the band, but he becomes sympathetic to her plight when he discovers that she hoped to find her mother by appearing on television with the band.

Ko Mi-Nyeo's secret is then discovered by pop singer Yu Hee-Yi (Uee) by chance. When the media falsely reports that Yu Hee-Yi and A.N.JELL band member Hwang Tae-Kyeong are dating she uses Ko Mi-Nyeo's secret to make Hwang Tae-Kyeong pretend they are dating in front of the press. At the right moment Yu Hee-Yi will announce to the press that they have broken up and that she dumped Hwang Tae-Kyeong. In return Yu Hee-Yi will keep Ko Mi-Nyeo's secret. Hwang Tae-Kyeong agrees to this arrangement to protect Ko Mi-Nyeo. Meanwhile Yu Hee-Yi starts to develops feelings for Hwang Tae-Kyeong ...

** Isnin hingga Jumaat jam 8.30pm until 9.30pm

** Kadang-kadang termiss juga tengok sebab anak-anak dah ajak tidurrr..

** Best!saya memang suka tengok korean drama sebab tak meleweh-leweh macam cerita sinetron..(oops!sorii...)

** Selamat menonton.

Tuesday, December 21, 2010

Azam


hm..pejam celik pejam celik 2010 tinggal beberapa hari je lagi.awal bebenor saya tulis entri pasal new year kan?

banyak benda saya nak buat sebelum masuk 2011.tapi macam tak sempat je.huhu.apa azam tahun baru?hm..tak nak buat list panjang-panjang.saya cuma nak jadi diri saya.nak menjadi lebih baik.emosi dan fizikal.jadi isteri solehah.mama mithali.eh,ni masuk kategori azam baru ke?

Selamat Menyambut 2011.Semoga menjadi lebih baik.Semoga mendapat keberkatan dari-Nya.dunia dan akhirat.Amiin..

Beli dan belah


melayan Nabil yang tak sihat lagi membuatkan otak saya bercelaru.mood tak menentu.sedih yang amat.susahnya nak suruh dia makan.ulser kat mulut dia tak baik lagi.jadi beberapa hari ni dia minum milo dan susu je.bila saya dukung dia rasa ringan sangat-sangat.makin keding.huhu.

Anak-anak pintar dah tidur.saya mula la mengadap laptop ni.tetiba tangan saya gatal.saya terrr..beli baju untuk damia.gatal ek?saya beli kat sini.

dan selepas ini saya nak gatal tangan beli shawl untuk saya pulak.hehehe.

Putera Katak, Slot Lagenda TV3

Slot Lagenda baru Putera Katak telah ditayangkan pada 29hb Nov selepas habis Ulek Mayang. Pelakon utama dalam drama Putera Katak ialah Nora Danish dan Zizan Nin. Zizan Nin akan jadi Putera Katak dan Nora sebagai heroinnya. Pengarah drama ni ialah Adam Hamid.


Putera Katak” mengisahkan Putera Amar (Zizan Nin) yang telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma sebagai manusia walaupun sudah diberikan ciuman. Lantas Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai seekor katak. Dia telah dibela oleh seorang pencinta haiwan iaitu Trisha (Nora Danish). Amar yakin bahawa dia akan berubah menjadi manusia semula apabila sudah menemui cinta sejatinya.


** Isnin hingga Khamis jam 4.30pm di TV3.

** Nabil suka tengok cerita ni.sebab mostly cerita yang ada haiwan dia minat sangat nak tengok.kat rumah dia boleh berulangkali tengok cerita Ice Age, Zoo dan banyak lagi.asalkan ada binatang.macam cerita Rapunzel,dia nak tengok sebab ada kuda.heheh.

** Macam mana pelakon putera katak boleh selamba je pegang katak tu.awwww..meremang tengkuk saya..huhu.

** Sekian.selamat menonton.

Seribu Kali Cinta, Slot Akasia TV3


Synopsis:

Mengisahkan seorang lelaki yang bernama Nizam, jatuh cinta kepada seorang gadis pulau tempatnya bercuti, Miasara yang mengalami sindrom Amnesia iaitu mudah hilang ingatan selepas terjadinya satu kemalangan yang menyebabkan kepalanya terhantuk.



** Tiap-tiap petang isnin sampai khamis kalau rajin dan ada masa senggang saya akan follow cerita ni.saya rasa cerita ni lebih kurang sama dengan cerita omputih iaitu 50 First Dates.yang pelakonnya adalah Adam Sandler dan Drewbarrymore.cuma bezanya orang melayu mesti la ikut melayu punya version kan.sopan santun.budi bahasa.hehehe.



** Rasanya ini minggu terakhir cerita tersebut.rasa macam dah lama sangat.huhu.

Monday, December 20, 2010

Kurap susu

Petua hilangkan kurap susu

saya jumpa petua ni kat mamafc.com

kalau lepas susukan anak, kita tak basuh mulut anak, memang akan terjadinya kurap susu ni. cara nak hilangkannya:
caranya: ambil gincu dan sapu rata ke tempat kurap susu tu, amalkan 3 kali sehari, insyaAllah berkesan dlm kurang seminggu.


** saya buat juga petua ni.memang berkurangan kurap tu.agaknya jadi balik sebab saya tak pantang makan.huhu~

** sebelum ni saya bf Nabil tak pernah pulak kena kurap susu.huhu.

** macam mana saya nak basuh mulut damia kalau dia menyusu malam?mulanya jadi kurap susu tu sebab dia ngempeng sepanjang malam.huwaa..tolong!!

6 bulan!


Damia dah pandai meniarap.sekarang ni dah pandai 'maju' ke depan sikit-sikit.kadang-kadang dia guna gear reverse.hehe.

Damia semakin becok.tak sabar nak bercakap kot.dan sejak balik dari Langkawi,ramai yang cakap dia semakin bulat.omelnya anak mama.hehe.tapi saya risau.kurap susu kat pipi kiri dia tak baik lagi.ke sebab saya tak berpantang makan?kesian kan?

Balik dari Langkawi Damia demam juga tapi tak seteruk abang dia.Nabil selalu cakap kat adik dia."adik kan kuattt.."

Cepatla baik kurap susu tu yang..risau mama tengok.

Happy 6 months old dear..muahh!!

Sengal

Dah seminggu berlalu.Penat bercuti kat Langkawi masih terasa.adehhh..sengal-sengal otot rasanya..

Siapa dah tengok Rapunzel?best kan?Syok gile!kami pergi tengok wayang Rabu lepas.Nabil sangat teruja.tengok dari awal sampai habis.cayalah!kesian enSuami sebab mula-mula kami beli 3 tiket (enSuami,saya dan adik ke-6 saya).tetiba terfikir pulak kot-kot Nabil pun nak pakai 3D specs.jadi enSuami beli lagi 1 tiket untuk kanak-kanak.malangnya bila Nabil duduk je kat seat dia,seat tu macam nak terlipat je.maklumla Nabil kan 'halus' je..hehe.terpaksa la enSuami pangku Nabil.huhu.

Kami sampai awal.tiket wayang pukul 9.30pm.jadi kami lepak-lepak sambil makan ayam goreng Uncle Bob.sebelum tu Nabil main motor.RM3 = 5 minit.saya dan Tt duduk kat kerusi urut.RM1=3minit.saya 'berurut' sambil pangku Damia.best gile.macam nak terlelap pun ye juga.habis 1 sesi.saya tambah lagi RM1.hehe..eh,yang sebenarnya saya nak cerita pasal kanak-kanak yang sengal badan sampai terdemam.orang cakap demam urat la gitu..

hari Khamis Nabil dah tak selera makan.badan dia agak hangat.saya bagi ubat demam.pagi Jumaat dia nangis.saya ingat dia lapar.tapi memang pun.tapi lepas minum susu dia merengek je.rupanya mulut dia ada ulser.hah?adoii..macam mana ni..saya bagi dia makan aiskrim vanila untuk legakan ulser tu.mlm tu kami pegi klinik lepastu balik kampung.mintak urut kat mak saya.Damia pun demam juga.adehh..bila malam je saya kena bangun mandikan dia sebab suhu badan tinggi.siap kena bagi ubat backside insert.ye la,dah panas sangat.

hari ni dah hari ke-5.Nabil masih belum ok.sebenarnya demam dia dah ok.tapi ulser kat mulut dia dah bertambah.mula-mula kat bibir.lepastu pipi kiri dan kanan.yang memburukkan lagi keadaan ulser dia ada kat tekak pulak.huwaaa..dah 3 hari dia tak makan.minum milo dan susu saje.kesian anak mama.makin kurus.makin kecik.

saya terpaksa jadi mama yang 'kejam' sekejap.sebab bila saya layankan je dia jadi makin manja.tak mau minum.makan jauh sekali.sesekali menitik juga air mata.siapa yang sanggup tengok anak sakit?

saya terpaksa ugut nak suruh dia tidur kat luar.takboleh tidur dengan saya kalau dia taknak minum susu.
saya terpaksa paksa dia makan ubat.makan kanji nasi.semua tu untuk tambah tenaga dia.sebab dia tak makan langsung.

Ya Allah..sedihnya kan?

kalau orang tengok mesti orang cakap saya dera anak.sebabnya Nabil akan menjerit macam kena histeria bila saya nak bagi ubat dan makan kanji nasi.nak buat macam mana.orang mana tau kan.saya terpaksa.

Cepatla sembuh ulser kat mulut Nabil tu.saya tak sanggup nak 'bergaduh' dengan dia setiap hari.setiap kali habis sesi makan kanji dia akan cakap "Nabil kan kuat".tapi masa sesi makan kanji dia akan menjerit.meronta.cakap apa-apa je la.huhu.sedih.

Saturday, December 18, 2010

Langkawi II

Penat.Seronok.Best.
Cuti-cuti di Langkawi berjalan seperti yang dirancang.Alhamdulillah.selamat pergi dan balik.kami bertolak dari Kluang jam 7.50pm hari Isnin 6hb Disember 2010.Singgah Putrajaya dan terus berkonvoi dengan Akob and family.Sampai Kuala Kedah jam 6.30am kami terus beli tiket feri ke Langkawi jam 7.15am.

Day 1 : 7.12.2010
kami sampai di jeti Langkawi jam 9 lebih.masing-masing muka tak semenggah sebab tak mandi.haha.kami cari port untuk sarapan.sebab kami cuma boleh check-in jam 12 tengahari.hah?lama lagi seyyyyy!!!
Kak Long and family dah nak berangkat balik.kami jumpa kat jeti je.Aliyah anak kak long nangis nak ikut kami.wahh..Innova dah jadi macam tin sardin ni..hahhaha.kami dah letih menunggu.terus check-in tapi kena tunggu sebab bilik tu baru nak dihousekeeping.room #408.uwaaa..aktiviti hari pertama adalah menghilangkan sengal di badan.malam baru kami keluar.pegi shopping mall.sambar sepasang baju untuk nabil dan damia.lepas tu kami jalan-jalan cari makan.balik bilik tidoooo..

Day 2 : 8.12.2010
Bangun pagi-pagi cari sarapan.siap-siap.pegi Makam Mahsuri.kami ambil gambar.tempah t-shirt dan pinggan.gambar kami sefamily.beli minyak gamat.beli krim gamat.beli bedak sejuk.jalan-jalan cari makan.
lepastu kami pegi mangrove.naik speedboat..
eagle feeding (sebenarnya tengok je.takboleh bagi makan)..
gua buaya (kot..hehe) dan gua kelawar..
tgk mimi si ikan pari..dan ikan-ikan lain..
sebelum balik kami singgah Pantai Cenang.makan laksa.yummy!minum cendol.malamnya kami buat BBQ kat #408.illegally.huehue.

Day 3 : 9.12.2010
sarapan.nasi kuning.bersiap-siap untuk next activity.aktiviti kecut perut.hehe.kami naik cable car.ha..rasa macam nak gugur jantung tawww..nabil dan damia la yang paling cool sekali.hahaha.cukupla sekali.saya takmau naik lagi..huhu.fobia seh!
pukul 3pm baru nak makan.semua dah letih.muka memasing kelat je.jadi kami lalu je kat Telaga Tujuh.tak singgah pun.kami terus pegi Beras Terbakar.shopping souvenir untuk sedara mara yang jauh di mata dekat di hati.lepas tu baru tengok tapak kawasan beras terbakar.eh?mana dia?ooooo..dalam pinggan rupanya.huhuhu..
aktiviti di malam hari adalah mencuci mata sambil bershopping kat uptown selepas makan.huehue.

Day 4 : 10.12.2010
hujan di pagi hari.hukhuk.kami jalan-jalan cari coklat.sebelum tu kami pegi makam mahsuri sekejap.cari barang-barang yang tak cukup.heheh.kami borong coklat sampai kena beli 1 beg untuk isi coklat saje.huhu.oh,hari ni adalah hari jumaat.jadi kami bergegas balik sebab encik-encik yang bernama suami nak ke masjid.kaum wanita duduk kat rumah diam-diam ye.
petangnya kami bersiap-siap ke rumah pakcik kepada biras saya puan suraya.juga merangkap pemandu pelancong kami.tapi pemandu innova iaitu kenderaan rasmi kami ialah suami beliau (adik ipar saya) encik mohd yaakob.hehehe.
kami singgah kat Pantai Cenang sekali lagi sebab abah nak makan laksa lagi..
aktiviti di malam hari adalah mencari kasut baru untuk saya.hehe.sebab kasut saya sudah uzur minta diganti.sebenarnya saya nak beli sebelum ke langkawi tapi tak sempat.lepas beli kasut kami merambu kat uptown sekejap.oh lupa,aktiviti kami tak disertai oleh mak dan abah sebab mak dan abah nak berehat saje sambil packing barang sebab esok pagi dah nak balik ke Johor.

Day 5 : 11.12.2010
bangun pagi-pagi.kemas-kemas.siap-siap.check-out pukul 8.30am.beli tiket feri jam 9.30am.sebelum naik feri kami isi perut dulu.mak aihhh..banyak betul barang kami.sebelum pegi kami cuma sewa 1 troli.balik ni kami sewa 3 troli.huhu.sampai Putrajaya kami terpaksa tinggalkan stroller damia dan baby seat nabil kat rumah encik akob.huehue.

sampai rumah terus pengsan.huhu.penat yang amat.
sebenarnya banyak tempat kami tak sempat pegi.especially Dataran Helang.hm..takpela.next time kalau ada rezeki kami sampai lagi.

Sekian.cuti-cuti Malaysia 2010.

Friday, December 17, 2010

Salam Maal Hijrah!

Rasanya belum terlambat untuk saya ucap Salam Maal Hijrah kepada semua.

Kami sambut tahun baru 1 Muharram kat Langkawi, Kedah.

10 Muharram - saya dan adik ke-enam saya Tt masak bubur asyura.kami masak lebih sikit.hantar kat jiran.hehe.sedap tau.saya mintak resepi kat mak.
juga mintak kat kakak sulung saya.ni salah satu resepi yg beliau sms kat saya.



haih.macam-macam versi pun ada.huhu.
lepas tu saya buat versi saya sendiri.sedap juge.hehe.

bahan-bahan:

beras
daging cincang
ayam kisar
bawang merah,bawang putih (tumis)
santan
garam secukup rasa

untuk hiasan:

kacang tanah
daun sup
bawang goreng

Saturday, November 27, 2010

AidilAdha 2010 @ Kota Tinggi

Hari raya AidilAdha dah lama berlalu.saya baru sempat nak menulis entri pasal raya.hehe.raya haji tahun ni kami beraya kat rumah mertua saya.sebab turn raya puasa dah raya kat sebelah saya.mak mertua saya yang masak.banyak menu yang sedap-sedap.mak cakap abah nak makan lain.mak nak makan lain.jadi kena masak semua.hahaha.macam-macam ada..

pagi raya,nabil bersiap-siap juga sebab enSuami ajak dia ke masjid.memang la dia tunggu saat tu.balik je dari masjid kami bersalam-salaman.tahun ni cuma ada kami sekeluarga dan adik ipar saya yang bongsu,Diah.





lepas bergambar kenangan,kami ke Kota Tinggi.sebelum ke Kota Tinggi,kami singgah rumah mak saya.hah?semua orang sempoi je.tak pakai baju raya pun.adik ke-6 saya cakap semua pakai baju biasa dia pun pakai la baju biasa.cesss..
sebenarnya raya haji tahun ni jatuh pada hari rabu.sebab tu la ramai tak balik.sampai Kota Tinggi,kami je yang ada.adik-beradik mak belum sampai.kami lepak-lepak je la.sambil makan-makan.tengahari baru yang lain-lain sampai.
enSuami ajak nabil pegi tengok orang sembelih lembu korban.nabil excited gile!balik rumah tak habis-habis bercerita pasal lembu..dia cakap 'kecian lembu kena sembelih..'

kat rumah tok yah,mak ngah dari Bandar Tenggara bawak bahan-bahan untuk masak laksa johor.semua gotong-royong masak.yang jadi mandur laaaaagii ramai.hehe.

pukul 2.00pm kami siap-siap balik kluang.sebab dah kumpul ramai-ramai memang meriah.tapi damia mengaruk.nak tidur tak boleh.hiss..macam mana la kan..
kat taman seri impian rumahku syurgaku..kami dapat daging korban.wah..hari-hari menu daging la jawabnya..

menu pertama daging korban.daging salai masak lomak.hehe.sedappp..