Friday, June 24, 2011

Projek Penang Char Kuey Teow #1

Projek Penang Char Kuey Tiow??
ini fakta bukan auta.

ok jom layan resepi. resepi ni saya tiru bulat-bulat dari sini

Bahan-bahan ( 2 org )
  • * UTK PASTE *
  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sb sos tiram
  • 3 sk kicap pekat
  • 3 sb kicap manis
  • 1 sk petis
  • 2 sb pati ikan bilis / pati udang
  • 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
  • 1 sk gula
  • * UTK MEE *
  • 300 gm kuey teow
  • 1 sb cili boh
  • kerang
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
  2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
  3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
  4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
  5. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......


sori gambar takde. sudah licin. ada apa dengan Penang Char Kuey Tiow ni ye? lain kali saya cerita. ngee~

p/s: hari pertama : 23 Jun 2011 berjaya. tahniah encik suami :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

3 comments:

Amie said...

dgr cerita char kuey teow ni asal-usulnyanya cina penang punya resepi, betul ke? tapi memang sedaplah.... tolak yg lain

zahidah seran said...

wahhhh..pak ngah nak bukak stall char kue tiaw kaaaaaa....kellesssssssss.....

aNiM said...

@amie: agaknya la kot.hihi.sedapkan?kalau ikutkan char tu maksudnya goreng.jadi char kuey teow tu = kuey teow goreng la kan? hihi.

@mrs redzuan: huahua.kelas kau maria..doakan pakngah sukses.semangat tengah membara tu..