Wednesday, August 4, 2010

Nabil Demam!

Hati ku gundah gulana..huhu.
Buah hati pengarang jantung saya demam.
Saya sangat sedih.taktau kenapa.harap-harap Nabil cepat baik sebab anak mama kuat kan?saya harap juga demam tak berjangkit ke Damia.

Pergilah kau wahai penyakit.anak mama kan tengah berkerja keras nak menambah berat badan ni kan..dah la tiap-tiap bulan nak kena pergi klinik.alat penimbang kat klinik tu rosak agaknya ye.saya dan enSuami dah cuba susu untuk menambah berat badan tapi tunggu la 16 Ogos ni.Nabil pergi timbang lagi.harap-harap naik la.tapi bila difikir-fikirkan,saya dan enSuami bukan bersaiz besar (walaupun saya ni takla ramping mana..).kenapa la nak pelik kalau anak kami tak bersaiz besar kan?kami bagi macam-macam tapi macam tu juga.vitamin?minyak ikan?nasi?mee?telur?ikan?ayam?sayur (kadang-kadang takmau=ikut mood)..semua dah bagi..

Saya nak bagi dia makan ubat pun sedih.ye la.macam kenyang makan ubat je bila demam ni.
Cepat baik ye sayang..siapa nak tolong mama jaga adik nanti?

No comments: