Monday, July 4, 2011

100gram je???

pagi tadi saya bawak kanak-kanak riang pegi klinik kesihatan.
mak, bapak dan adik bongsu saya baik hati turun padang temankan saya bawak nabil dan damia.

tapi bapak saya tunggu kat rumah saya je. mak dan adik saya je ikut. sebab takut nabil buat drama. haha. damia yang nak kena inject sebenarnya.

bila damia jatuh dan luka, nabil yang nangis beria-ria. damia selamba je. kenapa ye?
bila damia kena paksa makan ubat, nabil yang sedih sangat-sangat. kenapa ye?
sebab tu saya takut, proses nak inject damia terganggu. takut nabil yang meraung masa damia nak kena inject. haha.

sesi menimbang kanak-kanak bermula. damia naik 100gram. nabil pun naik 100gram (je?).adoyai. berjanji ke hape. 2 bulan lepas, damia 7.4kg. nabil pulak 11.2kg. susahnya nak naik. haih.

lepas siap timbang, saya suruh nabil ikut pakcu dia. saya bawak damia untuk injection pulak. tunggu sikit punya lanma, baru ada misi terhegeh-hegeh siapkan peralatan nak inject. muka memang kelat la. agaknya kenapa ye misi government macam tu? saya tak la cakap semua. ramai juga yang ok sebenarnya. tapi hati saya terus rasa tak sedap bila misi dah buat muka macam tu.

masa nak inject damia, saya pegang damia kuat-kuat. damia meronta juga. misi tu cakap cicak..cicak..takutnya cicak.. (motif???). masa jarum dah dicucuk ke tangan damia yang kiut tu, saya tengok misi tu tekan la ubat tu kan. tetiba jarum suntik tercabut dari picagari tu. ubat tu terpercik kat saya. kena mata. misi tu cuma cakap 'ya Allah..' lepastu dia cakap dah siap. gitu je? saya cepat-cepat cuci mata kat paip. damia tak nangis cuma meronta je. agaknya sebab tu jarum tu boleh tercabut. tapi saya yang terkesima tak mampu nak kata pape dah. terus je keluar klinik.

saya cerita kat mak. mak cakap tak pe la. doa banyak-banyak. insya Allah tak apa-apa. kalau Allah tak izinkan jadi pape, tak jadi pape. damia kan kuat, mungkin damia perlukan ubat tu sikit je.hm..

lepas tu, saya susukan damia. terus tidur. singgah kedai kain sebab mak nak beli kain ela untuk buat blouse. damia lena sampai kami balik.

tapi..

sampai sekarang hati saya tak tenteram. kenapa ya?

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

7 comments:

fieda said...

alamak...ntah ape2 la nurse tu....
buat keje sambil lewa..
hrp xder ape2 la...

mrs redzuan said...

ade cucuk kat tangan ke? ngape Imanina sume cucuk kat paha?

aNiM said...

@fieda: tu la kak.geram je.saya siap mimpi mata buta ha.hadoi..saya ingat muka dia sampai bila-bila.huwaaa..

@mrs redzuan: misi tu cakap cucuk kat tangan sebab dah 1 tahun.aku kesian tengok damia.kan tangan dia kecik je.takde isi.cucuk la kat peha.cedih.uhuk uhuk..

bunga said...

lau bunga pun akan x tenteram..semoga semua akan baik2,,,..

aNiM said...

@bunga: mekacih bunga. ameenn..

cikpuanhady said...

aduyaiii..tak mitak maaf pon..semoga semuanya baik-baik aje..huhu..

thanks komen kat entri ga..

Nak mitak tlun boleh :Mehla komen entri Saya Bertudung

Blogshop kami :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

Ila said...

kenapalah nurse tu buat keje nak tak nak jer...ishhhh