Sunday, June 26, 2011

Majlis Yaasin @ Batu Pahat Part 1

Harini saya bangun awal.baru nak bermalas-malasan di hujung minggu (padahal hari-hari dah malas-malas.hihi).

kemas-kemas.siap-siap.pukul 8.30pagi lepas mak dan bapak saya sampai, kami bergerak ke batu pahat. sebab kat rumah nenek saya ada majlis bacaan yaasin dan tahlil.

sampai sana, dah ada menu yang dah siap. banyaknya kuih-muih. last week pegi majlis yaasin juga. best juga kan.banyak kuih-muih.hihi.

tetiba nenek saya bisik kat telinga saya..

'nanti buat air sirap bandung apa tu..yang macam dulu tu..'

adehh.dah dapat tugasan. saya ajak enSuami pegi beli barang-barang yang patut. sebelum beli barang, kami sarapan dulu kat Mekdi. atas permintaan nabil.cett..pandai request merequest ye kamu. nasib baik makan banyak.haih.

lepas tu baru cari barang. sirap dah ada kat rumah. makcik saya pun dah buat air gula. jadi saya beli susu cair 10 tin, 2 botol aiskrim soda dan 3 beg ais.

sampai rumah, semua dah kerah suruh buat air cepat. untuk makan tengahari dulu. saya buat air sirap ais je dulu.ihihi. buat satu tong weh. banyak. semua puji sedap (kembang). saje la tu nak suruh den buat air sirap bandung pulak kan?

lepas tu proses buat air bandung soda bermula. buat sorang-sorang tau. kelam-kabut pulak tu.neves.haha. buat satu tong juga. alamak, ais tak cukup. aiskrim soda pun macam tak cukup. terpaksa mintak tolong sepupu saya yang rajin, Along.

dah siap. jemput minum. wowww.. laku tau air bandung soda i (padahal memang cuaca panas. tekak nak air sejuk je.haha). sekian. entri poyo. hadoila. sori takde gambar. malas nak upload. tunggu part 2 la ye. sila jangan jeles nanti. huahua..

~gambar ni takde kena-mengena dengan agenda harini ye. ni gambar masa study dulu. saje letak. dah lama tak pakai tudung bawal macam ni.haha.err..sila abaikan jerawat yang banyak itu.ngee~

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

4 comments:

Bunga said...

suka air bandung..

aNiM said...

@bunga: sedap kan? hihi.

zahidah seran said...

adehdeh...sedapnyerrr...

Unknown said...

oowhh. air bandung boh aiskrim soda ya... wahhh, boleh tiru... :)))