Monday, June 27, 2011

Majlis Yaasin @ Batu Pahat Part 2

selamat malam semua.
saya nak sambung entri semalam di sini.

penatnya. penat rewang tak hilang lagi. pada hal cuma jadi pembancuh air je. hihi.

menu majlis yaasin kat rumah nenek saya semalam:
1) nasi ambeng
2) kuih muih
3) air sirap o
4) air sirap bandung soda

pernah makan nasi ambeng tak?biasanya makan nasi ambeng dalam dulang. lauk letak kat tengah-tengah. satu dulang makan la berempat. best makan berebut.hehe. lauk nasi ambeng biasanya mesti ada serunding, ayam masak kicap, sambal goreng, ikan kering, urap, sayur dan ada yang letak mihun goreng atau mi goreng. sila betulkan kalau saya silap.hihi.

sebenarnya dah lama gila tak makan nasi ambeng. bila sampai je rumah nenek, pergghh.. tak sangka dapat makan. dulu masa kerja kat pasir gudang macam senang je nak jumpa nasi ambeng ni. sarapan pun ada jual. kat kluang ni susah pulak nak jumpa.

~nasi ambeng dalam dulang. orang jawa macam saya mesti tau nasi ambeng ni macam mana kan?~

~sirap bandung soda special.ngee~

~kuih muih yang ada.banyak wooo.saya bawak balik juga.haha.wajib tapau~

~yang ni bontrot untuk tetamu. ada lebih saya bawak balik. yang bungkus untuk saya pun ada juga. bungkus special punya. sampai rumah terus ngappp lagi~

bontrot tu apa ye? tau tak? bontrot tu bahasa jawa. maksudnya bungkusan makanan untuk tetamu bawak balik masa kenduri. eh, betul ke saya explain ni. hadoila. anak jawa tapi sangat failed bahasa jawa. muahahaha. ok daa~

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

2 comments:

mrs redzuan said...

bontrotttttttttt..manyak bututtt looo...

aNiM said...

adeh.ko tulis tu aku dah boleh bayangkan kepekatan jawa totok itu.kakakaa~