Friday, June 17, 2011

Birthday Damia @ Taman Seri Impian

15 Jun 2011.
Umur Damia genap 1 tahun
Malam sebelumnya takmau tidur. excited ke?hehe.tidur lambat. pukul 1 lebih. hadoila..

saya masak bubur putih dan merah. tapi kali ni guna pulut. dan gula melaka. masa birthday nabil saya buat guna beras je. dan gula merah. jadi hasilnya dah tentu sangat beza.

~bubur putih dan merah. saya taktau nak panggil apa.haha~

lepastu saya masak nasi jagung. nabil yang request. nasib baik jagung ada. harini sangat malas nak pergi kedai. jadi masak ikut apa bahan yang ada je kat rumah.hihi.

~nasi jagung simple mimple~

lepas tu nak masak lauk apa ye?biar kanak-kanak makan nasi je dulu.haha.kejam. nasib baik adik ke-4, Pery saya datang rumah. saya ajak beliau ke kedai. beli ayam, beli serbuk koko dan yang paling penting sekali, minyak masak yang dah hujung-hujung nyawa (ada hati malas nak ke kedai.haha).

sementara Pery ada, saya mintak tolong beliau jaga damia. saya masak ayam masak tomato dan buat kek. kek coklat moist kukus. dibantu oleh chef cilik, Nabil.

err..gambar ayam tomato lupa nak ambik. sila bayangkan mengikut daya imaginasi anda.kakaka~

oh ya.lupa. harini birthday girl pakai tema merah. dan si abang juga request nak pakai warna sama.hihi.

~damia in red~

~abang sayang adik~

tunggu enSuami balik kerja. baru boleh potong kek sama-sama. sementara tunggu ayah balik, kanak-kanak riang main basikal kat luar.



enSuami dah balik. yeayy..ayah beli kek..


~kek untuk anak dara chantek jelita. wahh.. merah juga?~

nabil cakap 'waahhhh..kek Love la..'
~mama jadi tukang ambik gambar je la. tengah tak cun.hihi~

oh ye, kena tunjuk juga hasil kek coklat moist kukus yang saya sempat buat dengan nabil. siap toping dan hias sekali tawwwww ^_^


resepi kek coklat moist kukus boleh tengok kat sini.
sebelum ni saya tak buat toping. tapi kali ni saya buat toping.

cara-cara nak buat toping.
1) masak atas api kecik : 1/2 cawan serbuk koko, 1/2 cawan susu manis dan 1 sudu besar minyak masak.saya tambah butter sikit.haha.gatal.
2) nak toping tu pastikan kek dah sejuk ye. lepas toping sukahati la nak hias macam mana. saya tabur coklat rice warna-warni tu je ^_^

ok.sekian. entri masak-masak dan makan-makan :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

3 comments:

syawalsimpsons said...

happy bufday dania

fieda said...

happy birthday damia...
wah...best la mama masak2...

aNiM said...

mak lang: tq mak lang. tapi bukan dania tau.damia ye.haha ^_^

sis fieda: tq acik :) aah..dah penat masak2 bagai.tu yg mood nak berGA kelaut..haha