Monday, September 27, 2010

Raya 2010 III : Riang Ria Aidilfitri

Berakhirlah sudah Ramadhan..Sebulan berpuasa..

Tahun ini giliran beraya jatuh kepada..MAMA!!! hehe.tahun lepas kami beraya kat Penang.jadi tahun ni kami beraya kat Johor.setakat ni sistem giliran yang kami amalkan mengikut jadual.Alhamdulillah..takde Perang Raya.huehue..

Yang sebenarnya saya yang paling excited.dua hari sebelum raya saya dah iron semua baju raya kami anak beranak.mengikut turutan hari raya.yang semestinya adalah sedondon.senada.dan yang sama waktu dengannya.maklumla dah ada Damia ni excited tu lebih sikit.Nabil pun terlebih excited nak pakai baju baru..topi baru..

Raya tahun ni jatuh pada 10 September 2010.hari Jumaat.Alhamdulillah..dapat menyambut Syawal bersama keluarga lagi..

9 September 2010 kami dah berkemas-kemas pulang ke kampung.baju raya Damia belum jahit lagi!! Sampai je rumah mak saya, saya terus keluarkan kain baki baju raya enSuami, saya dan Nabil.kononnya nak jahit sendiri.At last,mak saya juga yang ukur,gunting dan jahit baju Damia.wah..comel! macam baju anak patung.saya kerah adik-adik sediakan bahan-bahan untuk masak juadah raya.

Menu wajib raya adalah rendang daging dan sambal goreng.hm,baru sebut dah terliur.rendang daging ni la yang kami semua tunggu-tunggu sebab pedas.sambal goreng yang mak masak adalah SUPERB!saya tak ‘terpanggil’ pun nak merasa rendang dan sambal goreng orang lain bila rendang dan sambal goreng mak ada depan mata.yum..yum..sedap.

Mertua saya balik Penang pada raya ke-2. Jadi kami ambil keputusan untuk tidur kat rumah abah malam raya tu.yang seronoknya family adik ipar saya en Yaakob pun balik sama.mereka lagi la excited sebab baru dapat first baby Mac lepas.tapi family sebelah mertua tak cukup korum sebab kakak ipar saya yang kat Sabah tak balik beraya.sebabnya akhir tahun ni mereka sekeluarga akan bercuti.harapnya Family trip yang kami rancang akhir tahun nanti berjalan lancar.Cuti-cuti Malaysia.di Langkawi.tak sabar rasanya.

Pagi raya kami bersiap-siap melaram baju raya.sedondon.kami bersalam-salaman.bermaaf-maafan lepas kaum lelaki balik dari masjid.sambil bergambar.Nabil adalah orang pertama ‘menyerbu’ tokwan sebab tokwan dan nenek dah duduk sambil pegang sampul duit raya.dan yang semestinya Nabil aim duit raya tu..hahaha.


Kami terus ke rumah mak saya.mertua saya pula beraya ke Kota Tinggi dulu.sampai je kat rumah mak semua orang tengah makan-makan.saya, enSuami dan Nabil pun join sekali.sedapnya.ada rendang yang kaw-kaw,sambal goreng,ayam masak merah,ketupat dan pulut.dah kenyang baru bersalam-salaman bermaaf-maafan.sebenarnya saya sedikit terkilan sebab mereka dah bersalam-salaman dulu.maklumla kami lambat sikit sebab pagi raya kat rumah mertua.tapi takpe la.taklah lambat sangat sebab sesi ‘penyerahan’ duit raya dan bergambar belum lagi.hehehe.

Saya gembira yang amat sebab adik beradik saya semua berkumpul di pagi raya.adik bongsu saya en Idris balik dari UK..adik ketiga saya yang baru kahwin bulan Februari lalu pun ada..tahun depan tak dapatla berkumpul di pagi raya sebab turn kami raya kat Penang pulak.huhu.kesian kat akak saya sebab abang ipar saya tak dapat balik raya.dia kena beraya kat Miri.hm..


Kami beraya dulu kat rumah jiran sebelah rumah mak.Selepas solat Jumaat baru kami bertolak ke Batu Pahat.kampung sebelah mak saya.

Nabil demam pulak.hm..lepas makan ubat dia tidur sepanjang perjalanan.sampai Parit Bengkok,Batu Pahat je kami terus menyerbu ke dapur sebab lapar.wah..ada pecal dan ayam masak kicap.sedap bangat!!nenek saya yang baik hati terus mengurut Nabil dan Nabil pun redha je kami tengok.mungkin dia memang sakit-sakit badan.hehe.macam orang tua!

Lepas maghrib kami beraya kat rumah atuk Usu.adik bongsu nenek saya.malam tu jugak mak dan bapak saya dan yang lain-lain terus ke Muar.disebabkan Nabil demam, saya dan enSuami ambil keputusan ke Muar esoknya saja.kami terus pulang ke rumah sebab Nabil memang dah lembik.hm,tak best la beraya bila hero kami ni demam.

Raya kedua kami terus ke Muar.Nabil pun dah ‘bersemangat’.Alhamdulillah dia demam tak lama.hm..ramainya sedara mara sebelah bapak yang balik beraya.Nabil excited.dapat jumpa ramai orang.dan yang paling buat dia senyum lebar adalah dia dapat duit raya yang banyak.hahaha.ptgnya kami balik ke rumah..

Hari raya ketiga kami ke Kota Tinggi beraya kat rumah saudara mara sebelah enSuami.kami ajak family adik ipar saya iaitu en Yaakob untuk join the club sebab dia tak ikut mertua saya beraya ke Penang.sebelum ke Kota Tinggi kami singgah ke Bandar Tenggara beraya kat rumah Mak Ngah enSuami.sampai je kami terus menjamu selera.langkah kanan.hehe.perut yang memang dah berkeroncong minta diisi memang bertuah kan.huehue..kami bergambar kenang-kenangan sebelum meneruskan perjalanan.tapi yang tak bestnya enSuami jadi jurugambar jadi takdela mukanya.saya pulak kat dalam tengah bf Damia sebab si cilik itu sudah terlalu mengantuk.Nabil je la jadi wakil.


Kami tidur di rumah makcik sebelah enSuami iaitu adik mak mertua selama 2 hari.sebabnya hari Isnin iaitu hari raya ke-4 enSuami dah kena bekerja.Nabil sangat seronok sebab dapat beraya..dapat berkawan..dapat berjalan-jalan..hm,bahagianya..

Malam raya ke-4 kami ambil keputusan untuk 'beraya' kat Danga Bay.kami cuma naik tren je malam tu.lepas tu jalan-jalan makan angin.huhu.Damia sangat baik sebab keluar je rumah dia dah tidur.masa naik tren pun dia tak sedar.sampai rumah jam 12 malam dia masih tidur.haha.agaknya mesti dia ingat mimpi je pergi Danga Bay tu..



Sekian.Episod III.Raya 2010.sebab tangan saya sudah lenguh.huhu..

No comments: