Monday, August 30, 2010

Zoo

Aktiviti kami hari ini adalah pergi ke Johor Bahru..jalan-jalan cari pasal..hehe.

Memandangkan enSuami bercuti hari ini,kami membuat keputusan untuk ke Johor Bahru.saya ada benda nak disettlekan di pejabat ASB.jadi sambil menyelam minum air.beberapa hari lepas saya sudah terlajak kata kat Nabil.saya cakap nak pergi Zoo Johor sebab ayah cuti.jadi selama beberapa hari itulah dia 'mengingatkan kami' tentang keterlanjuran kata saya tu.huhu.

"adik nak ikut ayah pergi zoo tak?.." itulah ayat yang sering diulang kat Damia.

Sebenarnya enSuami beli DVD cerita Zoo yang pelakonnya adalah Lan Pet Pet dan Lisa Surihani.dalam satu hari Nabil akan ulang tayang DVD tersebut sebanyak yang dia mampu nak tengok.memang saya tak berpeluang nak menonton rancangan kegemaran saya di TV.hm..sebab tu la saya terrr...janji dengan dia untuk ke Zoo.

enSuami boleh pulak lalu kat Zoo Johor tu beberapa kali dan cakap kat Nabil kami akan selesaikan urusan saya dulu baru ke Zoo.agaknya Nabil rasa tertipu jadi dia menangis sepanjang masa.hm..sangat sedih.menangis dan menangis..kami belikan Nasi Ayam di KFC.tapi dia taknak makan."tutup dulu.."katanya.

Akhirnya kami ke Zoo Johor.tapi saya dapat tengok 5 minit saja.sebab puteri lilin saya cik Damia tak tahan panas.merengek-rengek.jadi saya dan Damia cuma lepak dalam kereta je.enSuami memikul tanggungjawab untuk 'memuaskan hati' Nabil.maklumla dah lama dia tunggu saat ni.hehe.

Lepas puas meronda dan mengambil gambar,barulah Nabil boleh tersenyum puas.enSuami cakap tak habis round pun sebab dia dah tak larat nak jalan.maklumla puasa.hehe.takpe la..yang penting hajat hati si anak yang bijak tertunai.mulut Nabil becok bercerita haiwan yang dia tengok.enSuami dan Nabil sempat ambil gambar dengan singa.wah...dengan gembiranya dia tunjukkan kat saya.dan..dengan seleranya dia makan Nasi Ayam yang dibeli oleh si ayah tadi.alahai..

Ini lah antara wajah gembira dan puas Nabil masa melawat Zoo Johor.dan dia berpesan berkali-kali kat ayahnya.."nanti ayah bawak abin pergi zoo lagi eh..".



Kami singgah ke Angsana.sebenarnya kami dah tak larat nak berjalan.tapi disebabkan kami nak cari topi baru untuk Nabil jadi kami gagahkan diri.hehe.

Lepas dapat apa yang dicari..kami pun pulang..Nabil dan Damia lena tidur sebab kepenatan.kami pun penat tapi enSuami masih kena gagahkan diri untuk memandu pulang.hehehe.saya pulak kena berjaga sebab tak adil kalau saya tidur kan..(kononnya la..hehe).



Esok adalah Hari Kemerdekaan yang ke-53.Selamat Menyambut Hari Merdeka!Merdeka!

No comments: