Sunday, August 29, 2010

3rd Anniversary II



Selamat Ulangtahun Sayang..

Hehe..jiwang karat la pulak.seperti yang saya jangka kami sambut hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3 di luar saja.instant.ngee~~

Ini adalah lanjutan kisah 3rd Anniversary I.
23 Ogos 2010 adalah hari Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke-3
Sebenarnya saya memang berhajat nak masak-masak pada hari tersebut.tapi atas sebab-sebab yang tidak dapat saya elakkan,kami menyambut hari ulangtahun perkahwinan kami di luar sahaja.

1)“abang nanti tolong belikan pulut ye..”

-enSuami balik dari kerja dan belikan saya tepung pulut.alamak!saya jadi serba salah.saya request pulut.jadi tepung pulut.saya cakap kat enSuami, bukan tepung la..beras.enSuami yang baik hati ke kedai semula.nak tau dia beli apa?tepung beras.uwaaaa… (saya bercadang nak buat pulut kuning)

2)enSuami bagi alasan dia asyik salah beli je sebab saya tak boleh makan pulut.saya bf Damia.pulut boleh jadi angin.sebabnya hari sebelum tu enSuami beli pulut panggang.saya makan dan Damia kembung.hm..

3)enSuami dah ajak mak dan abah makan-makan kat Pizza Hut jadi serba salah nak cancel.hm..

Jadi kesimpulannya kami memang makan-makan kat Pizza je.Sebelum keluar kami berbuka puasa kat rumah dulu.saya masak macam biasa. Tapi saya ada masak bubur kacang hijau.saya campur durian yang saya angkut dari rumah mak minggu lepas.malangnya kami nak cepat keluar jadi tak sempat nak menjamah pun bubur yang sedap tu (hehe..perasan).

Kami makan bubur yang sedap tu masa sahur.enSuami cakap sedap.mula-mula dia tak heran pun bila saya cakap saya masak bubur kacang hijau.tapi bila saya hidang,dia terkejut. “mana dapat durian”..hehehe.jangan pandang sebelah mata tauuuuu..

Sekian.

“Happy 3rd Anniversary Encik Marzarudin bin Ahmad..saya mencintai awak sepenuh hati saya..terima kasih atas segala-galanya..terima kasih sebab menjadi suami yang baik hati,yang memahami,yang bertimbang rasa..terima kasih sebab menjadi ayah yang baik dan bertanggungjawab untuk Muhammad Nabil Irsyad dan Naurah Damia yang comel dan bijak..saya sayang keluarga kita..selamanya..”

No comments: