Thursday, January 10, 2013

Anak sekolah kenapa mama sedih ni..sobs :'(

Selamat Menyambut tahun baru 2013.
Hohoho. tahun ni nabil mula bersekolah Tadika. excited ^^
***Aku dah taip entri ni minggu lepas tapi tak sempat publish. haha. kena la bayangkan hari pertama persekolahan ye >_<

Hari Khamis 3 Januari 2013.
Orientasi murid-murid.
Nama sekolah: Tadika Sinar Hayati.
Baju sekolah: warna pink. hewhew.

Jauh tak?
Tak jauh pun. 5minit sampai dah.

Damia?
Haruslah sekolah sekali. umur dia 3 tahun. tapi barang semua sama dengan abang. rasa macam ada anak kembar pun ada. hehe. semua sama. nasib baik la damia ok sikit, abang dia pilih ben10, dia nak Barbie. wellll..gegirl kan :P

Malam tu aku siapkan beg sekolah dan kasut letak kat tepi pintu siap-siap. Hm, asyikla dipakai dikeluarkan segala isi perut beg tu. hangin satu badan mama. terus suaraku bagai halilintar suruh letak semula tempat dia. haha. mau tak hangin, kang esok pepagi nak pegi sekolah semua terabur ke mana.

Lepastu dua-dua tak mau tidur. adoila. Kepala dah pening. sementara enSuami tidurkan anak, aku sibuk iron baju la..basuh baju laa..bayar segala mak nenek bil lagi. lepastu tidurr.

Tapi!!!

Pukul 2 pagi dah riuh-riuh dengar suara kanak-kanak. Ku pekakkan telinga saje. Dengar enSuami dah membebel suruh nabil dan damia tidur. ye la esok pagi nak sekolah weiii.. selamba je diorang bila ayah suruh tidur. last-last, aku menyinga. TIDURRRRRRR!!! ESOK NAK SEKOLAH. haha. macam nak tergelak pun ada pepagi buta jadi singa. adeh.

Damia punya taktik takmau tidur --
Ayah, kakak sakit perut. urut perut kakak ni ayah -- ayah layankan. urut saje.
Ayah, kakak laparla. nak makan nasi -- ayah kejut mama suruh cedokkan nasi untuk damia.

Huarrrrghhhh..
Ape la nak jadi kanak-kanak riang dua orang ni.

Lepas makan nasi. Damia merengek pulak nak tengok TV.

HAHHHHH??

Dah kenapa nak tengok tv pulak cik kak oiii..
Pujuk punya pujuk akhirnya tidur juga. tu pun puas la ayah dia melayan. haha.
Pening kepala macek :P

Pukul 7 am. kejut nabil -- eh tak gerak pun.
kejut damia -- sama. lena beno.

7.15am. kejut lagi. Nabil bangun. sekolah. terus bangun laju-laju. haha. terus mandi. sarapan.
Damia merengek sebab ngantuk lagi. ha, tu la. tak dengar lagi cakap mama. suruh tidur lain pulak yang dibuat.

Lepas hantar nabil dan damia, semua mak-mak bapak-bapak kena halau. haha. cikgu terus cakap 'nanti datang ambik pukul 12 ye..'

Rasa 4jam tu macam lama gile. selalu ada kawan gaduh. ini alahai sunyinyaa..

Pukul 11.45 aku dah tercongok depan sekolah. haha. excited tak? nabil dah lambai-lambai dari dalam kelas. dia cakap kat kawan-kawan 'mama abang dah tunggu tu..' hahahaha.

Hari pertama orientasi berjalan lancar. anak-anak macam gembira je sekolah. Alhamdulillah..

Tapi kan,
Nabil cerita..

Nabil: mama, tadi kakak nangis kat sekolah.
Mama: la...ye ke? kenapa?
Damia: sebab mama takde..kakak cari mama.
Mama: Abang teman kakak tak?
Nabil: Alaa, abang mana boleh teman. kakak duduk dalam bilik, abang belajar kat luar bilik.
Mama: Abistu abang cakap apa dengan kakak?
Nabil: Abang cakap nanti kita habis belajar mama datang laa..

Haha. Damia tu nampak je kental. rupanya dia yang melalak kat sekolah.
Hari kedua pun sama. Nabil cakap Damia cari mama. sobs. kesian pulak. tapi memang la kot kan. dia belum masuk 3 tahun lagi. tido pun kat ketiak mama lagi. kejam ke aku sekolahkan dia ek? tapi dia yang nak sekolah. ni nampak gaya macam takmau sekolah dah pulak...

*Sabtu & Ahad kami jenjalan kat Johor Bahru. hehe. macam jauh sangat la kan. nabil cakap nak naik kapal kat Danga Bay. lepastu nak gi Zoo Johor. Sooo?? Jom jalan-jalan!

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

1 comment:

fieda said...

kak fieda pun sama gak..duk umah teringat jer apa yg maira tgh buat kt sekolah..padahal dia takde ape2 pun..