Thursday, January 10, 2013

Mama, kakak taknak sekolah

Ha. nak buat macam mana tu?
Segala mak nenek yuran dah bayar. dah dapat uniform. tu la gatal kan. patutnya aku try dulu tengok ok ke tak damia sekolah. baru la continue..iniiiiii...hadoilaa

7 januari 2013, sesi persekolahan mula secara rasminya.
Nabil ok je sekolah. semangat nak buat homework. pegi sekolah siap nak bawak bekal.
Gigih la mama siapkan bekal tiap pagi. haha. tapi kalau datang angin malas, aku tapau je kuih kat makcik tepi jalan tu ha. tapi kan, nabil cakap mama la kena buatkan kuih untuk abang.

Hm, jadilah kamu mama yang rajin. haha. yang peliknya, kadang tu nabil cakap kawan dia habiskan semua kuih yang dia bawak.

mama: kat sekolah tadi makan apa?
nabil: cikgu bagi makan biskut cicah air milo.
mama: abang makan tak?
nabil: makan.
mama: kuih yang mama bawakkan tu abang makan tak?
nabil: ala..tak makan pun. kawan yang makan.
mama: kenapa abang tak makan?
nabil: kawan tak bagi.
mama: aik???? tu kan bekal abang kenapa kawan tak bagi pulak. lepasni abang ambik satu dulu lepastu baru bagi kawan.
nabil: ok...

hahahaha. macam-macam.

berbalik kepada cerita damia. hari-hari nabil balik sekolah, cerita benda sama. damia nangis kat sekolah sebab cari mama.

(damia dan nabil tak satu kelas. damia duduk dalam bilik. nabil belajar kat luar bilik)

hari-hari juga la abang dia pujuk. aduss.
hari selasa (hari kedua) pun dia taknak sekolah.
alasan: ngantuk.
jadi cikgu cakap takpe, tidur je kat sekolah. maka, anak dara mama pegi sekolah dengan botol susunya (kantoi hisap botol. haha).

semalam. rabu (hari ketiga). damia taknak sekolah juga.
malam sebelum tidur dia pesan banyak kali cakap esok taknak sekolah. bila aku iron baju kurung dia, dia cakap kenapa gosok baju kakak? kan kakak dah cakap taknak sekolah. aku cakap kat dia, aku saje je gosok. esok pagi nak hantar abang, kakak pakai la cantik-cantik. dia cakap ok...
lepastu dia boleh bangun pagi-pagi, riang ria siapkan diri pakai cantik-cantik semua. sampai je sekolah, dia baring diam-diam kat seat depan. tanya dia nak sekolah tak? dia cakap taknak.

jadi, bawak la damia balik ke rumah. nasib baik abang kental. ok je sekolah.
oh ye. alasan damia tak nak sekolah: cikgu marah kakak (????)

mama: kenapa kakak taknak sekolah.
damia: cikgu marah kakak.
mama: ha? kenapa?
damia: sebab kakak duduk dengan abang. cikgu kata tak muat. cikgu suruh masuk dalam bilik (kelas)
mama: la..memang la. cikgu bukan marah. kan cikgu cakap elok-elok kan?
damia: (diam)
mama: lagipun kalau kakak duduk sebelah abang, kacau-kacau abang..abang tak boleh belajar.
damia: kakak tak kacau abang laa. kakak cari mama je..huwaa (nangis)
mama: ok nanti mama tanya cikgu, boleh tak kakak jumpa abang kat sekolah.
damia: kakak taknak sekolah cikgu ada rotan. cikgu tak sayang kakak (pulak dahhh)
mama: cikgu pegang rotan tu bukan buat pukul kan? cikgu nak buat tunjuk ABC kat whiteboard je.
damia: tapi mama tak teman kakak kat sekolahhhh (aik alasan lain pulak..)
mama: ok kalau mama teman kakak nak sekolah tak?
damia: nak..

pukul 10 pagi baru aku hantar damia pegi sekolah. haha. lawak betulla. masa hantar kat cikgu, damia pesan banyak kali siap goyang-goyang telunjuk dia tu 'mama jangan balik tau..mama tunggu kat luar'

aku tunggu damia masuk dalam kelas. lepastu dah ok baru balik rumah. hahaha.

pagi ni pun sambil bersiap dia merengek cakap taknak sekolah sebab mama tak teman. jadi terpaksa la cakap semalam mama teman kan? dia angguk.

nak bersiap kemain cerewet. segala tudung yang dia ada semua dia try. semua tak kena. semua sempit la..tercekik la..padahal selama ni dia pakai ok je. haha. alasan :P

-- sebabnya yang dia perasan aku teman kan (padahal aku balik rumah), cikgu cakap kat dia mama tunggu kat luar. lepastu waktu balik tu aku dah siap-siap tercongok depan pagar sekolah. kononnya aku berdiri situ sampai dia habis kelas. haha. tipu sunat (eh bolehke?)

aku cakap kat damia, aku kena tunggu kat luar sebab cikgu tak bagi masuk. kelas tak muat. so dia ok.
sebenarnya aku taknak paksa dia sekolah. aku cuma nak dia berkawan je. dia ok sebenarnya. cuma lately dia macam sensitif sikit. kenapa tah. balik sekolah je memang aku dah tak boleh buat apa-apa, kena baring peluk dia saje. malam pun sama. tidur nak kena peluk. takpela..kalau dia taknak straight pegi sekolah hari-hari pun tak pe.

nabil pun tahun lepas 4 tahun dia tak ready nak sekolah. tahun ni betul-betul ready baru dia sekolah. aku taknak paksa. kang lama sangat sekolah jemu pulak. pressure lagik. haha. pagi ni nabil cakap nak bawak bekal sosej. ha, senang keje. bawakkan 2 ketul sorang. nabil cakap tak cukup. nanti kawan-kawan tak dapat. hahaha. adoila. aku cakap kat nabil takpe la tak cukup, nanti makan kuih yang cikgu bagi je. kang kuih yang cikgu bagi tak habis. kesian cikgu.

** damia punya buku banyak juga aku tengok. buku tulis ada 8 buah sama macam abang dia. buku latihan ada 7 buah. huiii..bebudak sekarang ek? aku rasa dulu sekolah tadika takde la banyak sangat nak kena buat. haha.


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

3 comments:

Ummi Nur said...

Salam..nur pun sama.Dah 4 tahun, umminya kena semangat masak bekal nur ke tadika nya..:))

nanakimie said...

hehe...okla tu damia baru 2 tahun lebihkan sis:) anak buah nana 4 tahun p taska org semua pakai uniform,dia sorang je xnak,heeee..puas cikgu2 cakap nak ambek gambar bagai,xdanya dia nak pakai:)

Fieda Rafli said...

hihihi..kelakar damia ni..tapi ye la dia baru lagi..nanti dh besar mcm nabil mesti dia ok..maira pun hari2 nk pi sekolah..kalau hari sabtu bgun jer tido terus dia tanya nape tak kejutkan dia gi sekolah..