Thursday, December 6, 2012

Potty Train III: Hoorraaayyyy!!!!

Entri ini adalah lanjutan dari kisah Potty Train II: Damia memang gud girl.

Maka dengan ini saye mama kepada Naurah Damia binti Marzarudin mengisytiharkan....


Naurah Damia (2 tahun 6 bulan) sudah FREE diapers..

YEAYYY..

Harini genap 1 minggu potty training. dan sebenarnya 6 hari je kot. sebab ahad tu 'cuti'. sebabnya damia sibuk nak ikut nenek dia balik kampung. jadi terpaksa la mama pakaikan pampers. kang terbanjir dalam kereta embah dia masak den. haha.

dan.. dah 3 malam damia tak pakai pampers. best kan? laju je dia belajar. hehe. sebenarnya malam pertama aku takut-takut juga. siap alas plastik lepastu alas kain batik 2 helai kat tempat tidur dia. haha. lepastu malam tu tidurku tak lena (ewah!) sebab aku takut dia banjir. sekejap-sekejap aku raba tempat tidur dia, basah ke tak. sudahnya esok paginya aku tingtong pening sebab tak cukup tidur. hehehehe.

buang air kecik..buang air besar..semua dah pass. memula macam tak percaya je dengan kakak. sebabnya dia kan manja-manja gitu. rupanya memang dia dah sedia nak free diapers. sebabnya kan, dia cakap KAKAK DAH NAK SEKOLAH :)

Tapi..bila jalan jauh sikit, aku standby juga pampers. sebab tengah-tengah jalan dia cakap..MAMA KAKAK NAK KENCING..Haha. menggelabah nak cari toilet tengah jalan. aku pakaikan pampers la jawabnya..hahaha.

Weee..happy sangat sebab Misi Berjaya :)
Alhamdulillah..Damia memang bijak. Good Girl. Sayang kakak sangat-sangat >.<

*Eh bulan ni dah tak payah beli pampers dah?? hehe. Ok. tahun depan si anak bujang dan si anak dara akan bersekolah. huuiii mesti sunyi nanti..


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

3 comments:

syawalsimpsons said...

syawal belom pass2 lagi...mmmm..riso nak ajar..

aNiM said...

takpe..sekarang ni dah boleh cakap kat dia tiap malam sebelum tidur..hari-hari pesan kat dia. nanti bila tiba masa nak train senang kot. sebab dia dah sedia :)

syawal kan bijak. mesti boleh punya. abg nabil pun dulu 2 tahun 10bulan baru pass :)

Fieda Rafli said...

bagus2..