Thursday, November 17, 2011

tukang tilik: boleh dipercayai?

seorang ofismate yang tak tua sangat dan tak muda sangat datang menilik tanpa diundang. anda suka? saya tak suka. oh ya. situasi ni bukan jadi sekarang. sebab sekarang ofismate saya cuma 2 orang kanak-kanak yang belum akil baligh pun. kehkeh. ni kejadian masa saya kerja kat pasir gudang dulu la.

nak tau si tukang tilik cakap apa?

1) nim, nanti ko kahwin anak pertama ko lelaki.
2) nim, nanti lepas ko kahwin ko gemuk.

masa tu saya belum kahwin lagi. dan saya terus bagi warning kat si tukang tilik, saya tak suka orang tilik-tilik saya. walaupun aku tau ko memang tak mintak duit pun masa tilik aku. huh! memang darah terus naik ke kepala.

kenapa saya tak suka ye? ye la, ada ofismate saya yang lain siap tanya kat si tukang tilik tu. 'en A, nanti kalau saya kahwin saya dapat anak apa..kahwin umur berapa..bla bla bla..' maknanya ada orang yang suka hidupnya ditilik kot.

sebabnya dulu masa saya study, ada seorang prebet sapu tu bagi 'khidmat tilikan percuma' kat saya. sampai sekarang saya terngiang-ngiang lagi kata-kata pakcik tu. dulu kat kampung saya susah nak dapat bas. saya terpaksa naik teksi sapu tu sebab takut tertinggal train. salah satu yang pakcik tu cakap, awak nak naik keretapi kan? tiket dah beli tu.. (hah!!! tiket tu ku simpan elok-elok dalam beg tau!!) saya tak rasa pakcik tu teka sebab tanpa diminta dia dengan 'bermurah hati' cerita kisah hidup saya dari saya kecik. nak tau apa yang saya rasa masa tu?? sakit kepala. sakit hati. pakcik ni bela hantu ke hape??

oh ya. saya sakit hati sebab pakcik ni 'bocorkan' kisah hidup saya sedangkan ada seorang lagi penumpang lelaki kat depan. saya duduk seat belakang. bila fikir balik, alangkah beraninya saya naik teksi sapu tu kan. sebab takde penumpang perempuan pun. bayangkan perjalanan nak ke bandar ambik masa setengah jam. berapa banyak kisah yang pakcik tu bagitau? ohh sungguh menyakitkan hati. pakcik tu siap tanya saya 'nak tak pakcik bagitau seluruh kisah hidup awak??

hah?? siapa nak? engkau nak?

okeh. berenti membebel macam mak nenek. tetiba saya terbaca entri Puan Zahidah pasal si kurus dan si gemuk. *eh dah berapa hari ni aku nak tulis pasal gemuk ni weh. instinct kuat beb! sebenarnya saya teringat pasal kata-kata ex-ofismate saya encik A tu. gemuk lepas kahwin. sekarang ni lemak saya agak berlebihan. spare tyre tu agak ketara la kelihatan. tapi kenapa nak percaya kata-kata dia kan? betulke memang ada manusia macam tu. boleh nampak 'kehidupan' orang lain. tapi kan...ish..geram pulak kan..

masa saya mengandung anak pertama. encik A cakap ko ingat tak dulu aku cakap apa? anak pertama  ko lelaki. MEMANG ANAK PERTAMA SAYA LELAKI OK! PUAS HATI?? sekarang ni saya sudah gemuk. kenapa saya sibuk cakap pasal gemuk ni? sebabnya sabtu lepas saya pergi kenduri kahwin sepupu saya kat Batu Pahat. semua orang sibuk cakap kuat-kuat.. EH GEMUKNYA KO NIM..(!!!!!)

ok. dah. jom sejukkan hati. percaya pada Allah. percaya pada Qada' dan Qadar. tu yang wajib. kan..kan..kan..korang penah tak alami benda ni? huwaaa...

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

10 comments:

zahidah seran said...

Gemuk ke kurus mmg xdpt puaskan ati suma org.
Eh kalau ko kurus sikit kan cantik.
Bila dah kurus, eh ko kurus sgt la tak cantik.
Ko ni kurus, makan kuat, ko membela ke?
Tsk tsk tsk...

syawalsimpsons said...

ala kakakx yah percaya ngan semua tu...mmg dorang tu dah di beri kelebihan camtu...janji akak percaya itu semua takdir...dah memadai...saya x cakap pon akak demoookk ...ok je...yang penting abg ngah ok N still luv2 4 ever ngan akak kan...x mo sedey2 la...cam saya melantak macam piranna...kurus macam lidi...org sebok dok kata..ada cacing la dalam badan...ada membela...ada saka...sengal...tu semua dah ketentuan allah...kalo demokkk pon ok wat...sedapp sikit pelok...cam saya...alamak kediiiii..kikkikikik

Ila said...

ish,baca pun sakit hati...jgn percaya,semuanya itu kehendak tuhan

aNiM said...

maklong: aah kan. dulu aku penah kurus, orang tanya pulak kenapa kurus? makan hati ke? biaq piii laa..

maklang: kan. memang takmo percaya pun. hoh! best la melantak macam piranha tapi kurus melidi juge. ni memang dah terang2 melantak. badan pun bagai di pam-pam. huwaaa..

ila: sakit hati kan. hoh! geram i..hahaha

fieda said...

mengarut jer tukang2 tilik ni...

aNiM said...

kak fieda: mengarut kan. tapi diorang yang ada 'anugerah' ni selalu bagi tilikan percuma kat orang. kadang tu orang tak mintak pun. diorang tak tau tindakan tu kadang2 melukakan hati orang. hukhuk

nanakimie said...

sis xmok pun:) cuma nmpk berisi cket gmbar kat fb tu..takpa bhagia dgn ank2 dan suami kn sis:)

Masya said...

merapu jer tukang tilik tu.. biarlah gemuk janji sihat.. biar gemuk jani xde penyakit.... salam singgah sini...

eja said...

ramai gak tukang tilik ni...tapi... malas nak pecaya

cikpuanhady said...

dah lama tak update blog yer..harap anim & family sihat2 aje..