Monday, August 1, 2011

Sahur daging landak. pernah makan tak?

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak teman-temanku semua :)
Semoga Ramadhan kali ini disambut dengan penuh keinsafan dan keberkatan. Selamat berterawih juga :)

malam tadi nabil tidur awal sebab cakap nak puasa tapi tak terbangun pulak. hehe. ngantuk sangat la tu.
kami sambut puasa kat kampung. untuk makluman, saya dan enSuami sekampung. ngee~
kami buat keputusan untuk bersahur di rumah MIL dan berbuka di rumah mak saya ^_^.
petang semalam kami pergi kedai. ada jual daging landak. alamak! enSuami boleh pulak beria nak beli. saya ikutkan je la. enSuami pun tak pernah makan. nak cuba katanya. tapi kat kepala terbayang macam-macam. apa rasanya..macam mana rupa daging tu..boleh makan ke tak (kalau takboleh takkan la makcik tu jual kan?)

sampai rumah terus Google. haha. apa la kan? sebenarnya macam berani-berani takut nak cuba.
saya jumpa info ni kat Koleksi Soal Jawab Fiqh. alamak! landak tu spesis tikus ye? haha. baru tau. sungguh tak cukup ilmu di dada la kan. credit to encik Aizuddin.


Makan Daging Landakhttp://solatjemaahjumaat.blogspot.com/2009/06/makan-daging-landak.html

Halal.

walaupun landak itu dari species tikus (rodentia) tapi bukan semua species di bawah rodentia semuanya haram. Kerana dasar pengharaman ialah:

AQT 7:157 [...dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk]

Apa yg baik dan apa yg buruk itu kekadang datang dari nas (amat sedikit) dan yg selebihnya datang dari akal sihat dan adat budaya bangsa tsb.

Sejak dulukala, kaum kita makan landak dan ia bukanlah haiwan yg buruk (yakni memberi mudharat dan binatang yg kotor)

kura2 mmg tak boleh makan dalam madzhab syafi'iy kerana ia adalah haiwan dua alam (dia hidup di darat dan di dalam air sama banyak), dalam AQ dan as-Sunnah, tak ada istilah dua alam ni...
yang benar, kita tidak makan kura2 kerana ia tidak membangkitkan selera kaum kita...kita merasa jijik. itu je...

di Malaysia, kura2 memang dimakan oleh bangsa lain spt org China dan keturunan Siam.

Tenggiling atau ant-eater ni kalau kita terserempak dengannya atau kita menyentuhnya, ia secara otomatik akan bergulung. Kerana kulitnya bersisik keras, maka tujuan dia bergulung ialah sebagai protection.

Tenggiling tidak di makan oleh orang melayu, bukan kerana hukum tetapi kerana adat. Dalam hukum tak disebut apa-apa. Ini kerana kaedah menentukan halal/haram sesuatu makanan ialah banyak, antaranya perasaan jijik, dan kaedah yg paling masyhur dalam madzhab syafi'iy ialah standard makan orang arab kota. maksudnya, jika orang arab merasa jijik dgn sesuatu, maka ia dianggap haram.

"Artinya : Atau darah yang mengalir" [Al-An'Am : 145]

Sekalipun darah adalah haram, tetapi ada pengecualian yaitu hati dan limpa berdasarkan hadits Ibnu Umar di atas tadi. Demikian pula sisa-sisa darah yang menempel pada daging atau leher setelah disembelih. Semuanya itu hukumnya halal. Syaikul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan: " Pendapat yang benar, bahwa darah yang diharamkan oleh Allah adalah darah yang mengalir. Adapun sisa darah yang menempel pada daging, maka tidak ada satupun dari kalangan ulama' yang mengharamkannya". [Dinukil dari Al-Mulakhas Al-Fiqhi 2/461 oleh Syaikh Dr. Shahih Al-Fauzan]

** MIL masak rendang daging landak tu. ok la. sedap juga. cuma kat kepala ni asyik terbayang wajah landak tu. haha. boleh ke tak ek?adehh..


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

7 comments:

Amie said...

Assalamualaikum Anim,
memang landak boleh dimakan, tapi Kak Amie tak pernah makan sebab tak pernah jumpa...

Selamat berpuasa Anim.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam anim..Selamat berpuasa.

Hikhik..kelakar lak.klu k.atie pon mesti trbayang2 ghupa landak tu bila mkn rendangnya...

aNiM said...

@Amie: wa'alaikummussalam kak Amie :) mak saya cakap kami pernah makan kecik2 dulu. tapi saya tak ingat. hehe. ni baru nak try lagi.

Selamat Berpuasa untuk Kak Amie juga :)

aNiM said...

@♥♥azatiesayang ♥♥: wa'alaikummussalam kak Atie. Selamat Berpuasa juga :)

hehe. kan? mesti terbayang punya la. tapi mak cakap toksah bayangkan lagi la.makan je. haha

fieda said...

hai anim..itu ler..kak fieda pun dgr perkataan landak pun dh ngeri nk mkn..sebelum ni pun ingatkan x lh mkn daging landak tu...

aNiM said...

@fieda: saya pun kak. hehe. bayangkan duri2 dia tu. kakaka~

Anonymous said...

Salam tumpang tanya. dah lama mencari tempat yg ada jual daging landak utk isteri yg mengandung 7bulan tp xberjumpa. boleh bagitau kat mana ada jual? thanks!