Wednesday, August 17, 2011

Popia nestum holicks

Salam Ramadhan..
Sana sini bau kuih raya.. tergoda i tau.. hehe.
saya buat kuih raya yang paling simple abad ini. haha. jiran saya eny sebut-sebut pasal kerepek nestum. saya tak pernah dengar sebenarnya. apa lagi. tanya la kat chef Google kan. eny siap dah bagi satu tupperware kecik kat kami untuk sesi merasa. hehe. terima kasih :)

saya jumpa resepi kat AzaliaHjSalleh. terima kasih ye..
saya buat together-gether dengan chef cilik saya iaitu Nabil. semangat sungguh nabil bila orang offer dia tolong masak. hehe.

Bahan-bahan yang sungguh mudah disediakan:

Kulit popia
Horlicks
Nestum
Gula icing
minyak untuk menggoreng

Untuk penyediaan kulit popia:



Kulit popia yang besar macam ni kena potong la kan.. kalau ikut AzaliaHjSalleh, dia potong kecik-kecik macam kat bawah ni lepastu gulung guna straw. saya beli kulit popia yang sederhana besar. kenapa ek? tak sengaja la. hehe.


tapi ikut tahap kemalasan dalam diri saya ni, saya bahagi tiga je kulit popia yang yang sederhana besar tu. lepas tu gulung terus. lepastu saya gunting sepanjang 2 inci. senang kan? memang kerja orang malas ^_^

lepastu goreng kulit popia yang dah siap. api jangan besar sangat. Pengawalan yang ketat perlu, sebab tak mahu kulit popia tu bertukar keperangan . warna putih adalah yang terbaekkkkkkata AzaliaHjSalleh. hehe.

Selesai menggoreng, toskan dulu.
Sambil tos, boleh sediakan bahan-bahan untuk serbuk NESTUM HORLICKS. Nisbah terbaik adalah..

2 cawan Horlicks : 1 cawan nestum dikisar halus : 1 cawan gula icing

lepastu boleh gaul popia yang dah siap goreng tadi dengan serbuk nestum horlicks. simpan dalam bekas kedap udara. boleh makan sambil menonton Kasih Alia atau Ramadan Terakhir di TV3. penuh emosi. krapp krupp..krapp krupp..sedap tau. makan macam tak boleh berhenti.

* sebenarnya kerepek nestum dah tinggal habuk. memang tak jadi kuih raya la..dekat raya kang nak kena buat lain. huwaaa..

oh ya, kat bawah ni kerepek nestum versi saya. warna tak putih la. hehe.


p/s: gambar selain gambar kerepek nestum versi saya adalah hasil rompakan dari AzaliaHjSalleh. terima kasih sangat-sangat :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

7 comments:

zahidah seran said...

kerepek nestum sebalang!!!....

aNiM said...

muehehehe..nanti nak raya suruh abin buat lagi. nanti bagi kat nenek sikit la. adehh..dia je ngadap tak sempat hulur kat orang.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Mmg sedap!..K.atie siap buat biz ngan popia nestum nie setiap menjelang hari raya..

Nida n' Hanafi said...

wah..... sedapnya nampak... Kalau Zahidah pandai bab kraf Anim pandai memasak pula... wah gabungan ideal ni...hehe

p/s: thanks pilih Kak Nida sebagai salah seorang pemenang

aNiM said...

@ ♥♥azatiesayang ♥♥: wah kak atie..tak habaq pun. sama tak resepi tu? akak siap buat biz mesti lagi power kot. share resepi sikittt ^_^

@Nida: haha. ideal la sangat. Zahidah memang terer bab2 kraf ke..lukis2 ke.. bagi je kat dia. sedih sungguh sebab saya tangan kayu. haha
tahniah kak Nida. memang akak layak sebab tu menang :)

fieda said...

oooo..kak fieda mmg pernah try buat taun lepas..cuma nk menggulung tu la mls nya...taun ni blh la nk buat lagi..mmg sdp kan...

fieda said...

bru siap..dah dpt sebekas...sedap bdk2 ni kata...