Thursday, July 21, 2011

suka.duka.benci

suka.
1) damia dah sihat. dah makin ceria. mulut makin becok :)
2) masak special harini. sebab mood nak masak sudah mari ;D
3) damia dah selera nak makan. weee~

duka
1) nabil pulak demam. selsema. batuk. arghhh! nightmare! kenapa la ambik alih demam damia tu yang oii..
2) nabil taknak makan. nabil cakap saya masak tak sedap harini. sebab dia cakap dia batuk. huwaaa..
3) bawak nabil pegi klinik. on the way balik, saya jadi tak tentu arah masa drive sebab damia mengamuk. nangis macam kena histeria. adoila. tak penah macam ni. selalu ngantuk dia boleh je tido sendiri.

benci
1) bila tiba masa nak kena bagi nabil makan ubat. saya jadi macam orang gila. terjerit-jerit suruh nabil makan ubat sebab dia taknak makan ubat. cara terakhir, saya buat-buat merajuk. masuk dalam bilik lepastu kunci pintu (adoi janganla lepasni anak-anak tiru pulak episod mengada-ngada mama ni.huhu). nabil jerit panggil saya, suruh keluar dan janji nak makan ubat. haha. settle.
2) saya tak suka bila anak jatuh sakit. sangat tak tenteram. sangat risau. sangat sedih. sebab saya akan emo lebih sikit. silap-silap anak nangis - mama pun nangis sama.
3) saya masak apa pun nabil taknak makan. harini saya masak macam-macam lauk feveret nabil. tapi? saya yang kena habiskan semua. sebab nabil takde selera nak makan. last-last tadi pegi pasar malam, beli soto. baru nabil nak makan. kesimpulannya: mama makin 'sihat', anak macam tak cukup zat. huwaaa..

* tadi singgah pasaraya Econsave. hiburkan hati anak-anak. nabil nak ikan keli - oke, mama beli 2 ekor yang besar punya. nabil nak air soya - oke, mama beli 6 kotak, nanti minum banyak-banyak ye. nabil nak PappaRoti - oke, mama beli dua, nanti habiskan tau. sampai rumah, eh ada pasar malam pulak. nabil nak soto - mama beli 1. nabil share dengan adik ye? nabil nak belon - ok. beli belon spongebob RM3, lepastu nabil janji nak makan ubat. okey..set!

p/s: kenapa la lembut pulak hati saya harini kan? anak nak itu ini saya ikutkan je. saya siap terlepas pasar malam tu, siap patah balik sebab nabil dah mencebik nak pegi jugak. huhu. korang macam ni tak bila anak tak sihat?

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

8 comments:

mrs redzuan said...

tang ubat mmg paksala. tapi tang makan. aku paksa gak makan apa yang aku masak. wakaka zalim2...selalu kalo bebudak ni tak berapa sihat aku masak bubur jek or benda sup2...

missina said...

sonoknya tengok happy famly,,,budak2 memg mcm2 ragam kan,,sabo jalah,,,huhuhu

aNiM said...

@mrs redzuan: memang nak paksa. tapi dah beso ni susah la. kang setaman dengar weh. suara nabil tu kan kalau menjerit macam petir bunyunya.hihi

@missina: tu la kan. adik dia lain ragam. abang pulak lain. mama pulak kena kreatif. ngee~

Ila said...

bila anak tak sihat,layankan jelah

fieda said...

adohai...mcam 2 emosi sebagai seorang ibu ni..sama la anim...akak pun mcm tu..time anak x sihat la time yg sgt2 x best..segalanya lah serba x kena..akak pewrnah sampai nangis2 nk paksa anak mkn ubat..kita yg lebih..bila dipikirkan balik kelakar jugak mama2 anak zaman skrg ni..agak2 mak kita dulu mcm kite ke...?hahahaha..

aNiM said...

@ila: tu la. layankan je ek. tapi makin dilayan kang makin lomak berkrim pulak. hadoila..

@fieda: kelakar bila ingat balik. emosi lebih2. haha.

bunga said...

kenangan kan..memang kita akan rasa gembira..kadang2 leh gelak sorang2,,hee

aNiM said...

@bunga: kadang2 fikir balik macam makcik tak siuman pun ada. haha.