Tuesday, July 19, 2011

Damia Oh Damia

Jumaat 15 Julai 2011.
Naurah Damia genap 13 bulan. iaitu 1 tahun 1 bulan.
petang tu Damia demam. bagi la ubat demam kan.
ingatkan ok la lepas tu. eh tak baik-baik pulak. sabtu saya outing dengan adik ke-enam sebab dia nak cari kasut baru untuk kuliah nanti. enSuami pulak sibuk dengan projek baru beliau. Berbudi pada bumi, berbakti pada tanah katanya. jadi saya pergi dengan anak-anak je la.

hati tergerak nak bawak baju damia lebih sikit. kenapa ye? rupanya damia berak-berak pulak. setiap tempat yang kami pergi, setiap kali tu juga dia berak. cirit-birit? damia makan apa je ye? saya rasa takde la makan apa sangat pun. damia agak choosy sekarang ni. tu taknak ni taknak.

lepas siap shopping bagai, kami balik rumah mak. enSuami dah call je. haha. kami keluar tak ingat nak balik kot. mintak tolong mak urut damia. kesian damia dah lembik je. tak de mood.

malam tu kami bawak damia pegi klinik. dapatla ubat demam, kembung, antibiotik, cirit-birit, vitamin dan serbuk garam ke hape tah untuk bancuh dengan air. susahnya nak bagi ubat. damia pulak jadi fobia dengan mama dia. sebab mama jahat paksa makan ubat. hehe.

ahad pun enSuami pegi jenguk kebun lagi, kami duduk diam-diam kat rumah. damia masih macam tu. baring sana. baring sini. tak larat. makan apa pun taknak. sedih. selalu tengok dia aktif je. lepas maghrib kami balik ke rumah. malam tu damia tak boleh tidur. sakit perut agaknya. pukul 3 pagi berak. pukul 6 pagi pun berak lagi. risau sangat.

isnin pagi enSuami pergi kerja. damia muntah pulak. banyak gile. sedihnya. enSuami suruh saya bawak damia pegi hospital. saya takut nak bawak pegi hospital. kena tahan kat wad kang haru je. ye la, badan dia pun dah lembik sangat. saya mesej kak fieda tanya pasal ni. kak fieda suggest suruh bawak gi hospital. saya seram sejuk dah. belum pegi hospital dah sedih. jadi mama memang macam ni ek. saya dah melalak je kat rumah sebab tengok damia dah tak bermaya macam tu. call mak. mak cakap nak datang. Hm, saya baru beranak dua dah kelam-kabut kan?

bapak saya datang hantar mak ke rumah saya. mak tenang je. gaknya dah tengok saya macam makcik gila tak siuman kot. hehe. dah la tak tidur. bapak saya belikan 2 biji kelapa. mak suruh bagi damia air kelapa. tapi kami paksa la sebab dia taknak minum. petang tu damia dah ok. nak makan sikit-sikit. lepastu dah 'bersuara' balik. dah mula panjat sana sini. lega sangat.

kalut-kalut macam tu pun sempat tengok Marimar episod akhir. Hepi ending. siapa tengok? sangat puas hati sebab si jahat Angelica kena makan dek buaya yang banyak. weee~

malam tu hantar mak balik kampung sebab mak cakap damia dah ok. hm, macam mana la kan. nasib baik mak ada. saya rasa bila ada masalah, bila cerita kat mak ke..bila mak ada ke..rasa macam semua masalah hilang. terima kasih mak. huhu *sebak.

agaknya damia ikut jejak saya kot. saya susah nak sakit. tapi bila demam atau sakit memang teruk. susah nak baik.

Damia..
cepat sihat dik..
takmau sakit-sakit lagi tau.
mama, abang dan ayah sayang damia sangat-sangat.








~damia dah susut sikit. lain pulak muka dia~

~abang nabil ikut pegi klinik, sibuk bawak jcb sebab nak tunjuk kat doktor.hueh~

p/s: semua cakap damia demam nak dapat 'upah'. agaknya damia nak pandai apa ye? yang saya perasan, lepas baik demam ni, dia rajin nak belajar cakap. makin banyak cakap. bila abang dia nyanyi, dia pun nyanyi sama. bila kami ajar dia sebut apa-apa dia akan cuba sebut. tanpa jemu :)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

8 comments:

syawalsimpsons said...

MMG DAMIA NAMPAK LAIN TAU..SANGAT2 LAIN..NAK BALIK JUMPA DAMIA..HEHEHEHEHE...OK LA DAH PANDAI NAK BERKATA-KATA..SYAWAL BELOM LAGI..TAPI DAH PANDAI CAKAP...bird..HAHAHHAH...KELAKAR KAN ANAK SEDARA AKAK NI

fieda said...

alhamdulillah...nsb baik sempat sembuh x pyh ke hospital...kalau x payah la mama dia dok meraung x tentu arah...sedih lagi kalau kena masuk air..btul la anim wlpn kita ni dh beranak ramai rasanya kalau ada prblm bila mak ada bru semuanya selesai kan...tp mmg btul la anim muka damia lain la plk...sian dia...xnak sakit2 dah lepas ni ye sayang...risau kan anim kakau tgk anak dh susut badan....

fieda said...

akak pun selalu dok pikir mgkn ada hikmah kot kalau anak sakit...mgkn pasni dia nk pandai bercakap ke...insyaallah...akak mlm tadi teringat gak ape cite la damia ni..tp anim x mesej tu mgkn der ape2 la tu...

aNiM said...

@syawalsimpsons: bird eh?hahaha. damia pandai cakap ayam, tet (cat), apa lagi tah. semua dia nak cakap.paham tak paham je la.

@fieda: tu la kak, saya tak berani nak bawak gi hospital. terima kasih kak. semalam dah mesej akak lega sikit. kalau tak haru biru juga. saya pun teringat nak mesej akak tapi lupa je.hehe. tq kak fieda:)

aNiM said...

@fieda: haah kan kak. bila ada masalah pape rasa lega bila mak ada. huhu.

nanakimie said...

aah, damia nmpk laen..demam nak bercakap tu:) moga damia cepat sembuh...

aNiM said...

@nanakimie: lain kan. susut dah. huhu. tu la, demam nak bercakap kot. dah baik ni makin meriah pulak mulut dia.tq auntie nana :)

Sofea said...

salam kenal Anim..akak follow, semoga Damia cepat sembuh..mmg susahati bila anak2 sakit..semua tu dugaan dariNya.