Tuesday, April 26, 2011

saat ku idamkan~

Sabtu lepas kami pergi ke Putrajaya.dengan PIL sekali.sebab adik ipar saya yang berdarah manis eksiden.jatuh motor.sebenarnya dah 1 week dia eksiden.haih.lambat bebeno kamu bagitau omak ye iwan?

sabtu petang lepas enSuami balik dari kerja,kami bersiap-siap bawak la baju sikit sebab malam tu kami tidur kat rumah mak lang kanak-kanak riang.nak dijadikan cerita tengah bersiap-siap tu damia main-main kat tepi katil.tetiba macam mana tah silap step kot damia tergolek.telinga kena bucu katil.adehh.darah keluar agak banyak.ngeri pulak.terus cuci.sapu minyak gamat.nasib baik darah stop.hm..
ha,tengok tu.anak dara sorang ni memang ganas sikit.damia tengah gigih belajar menapak ni.panjat sana sini tu toksah cerita la.panjat walker terjun walker.haih.

kami bertolak pukul 4.30pm.berhenti kat hentian pagoh sebab nabil nak buang air kecik.berhenti lagi kat hentian tangkak sebab nabil nak buang air besar pulak.kami pun bukak bekal yang kami bawak.makan dulu.saya masak ayam masak kicap dan sambal goreng.kenyang.teruskan perjalanan.lepastu kami takde berenti mana-mana lagi.pukul 8 pm sampai Presint 16.Alhamdulillah..nabil memang sepanjang perjalanan tanya bila nak sampai rumah adik syawal ni..haih.

pukul 9 pm kami jalan kaki pegi Alamanda.jom layan gambar :)



~naik ambulance dengan adik syawal yafiq~

~singgah sini beli aiskrim.orange flavor untuk nabil.mango untuk enSuami~

~malam tu damia tak boleh tidur.merengek je.penat kot.tak penah2 tidur pakai pampers je.terpaksa bukak baju dia.baru senyap.dah biasa tidur kat rumah ada air-con.ngada2 la tu.haih~

~pagi2 dah layan kartun dengan syawal~

~syawal syafiq & muhammad nabil irsyad~

~anak dara seksi~

kami sarapan roti canai pagi tu.lepas tu bakal isteri iwan datang bawak nasi ayam.makan.lapar gile!lepas makan kami kemas2.balik johor..

singgah salak tinggi.rumah pakcik (adik my abah in law).haiyaa..diorang takde kat rumah pulak.ada anak ke-2 pakcik je (angah).jadi kami singgah sebab nabil nak buang air kecik.opps..sebelum masuk rumah pakcik,kami ambik buah pelam muda dulu kat depan rumah beliau.kekeke~

~ha..terliur tak?abah yang panjat pokok ambik pelam muda ni~

sampai kluang,enSuami singgah gerai tepi jalan.wahhh..durian maa..alamak,baru bau dah ngences ni..durian mahal la.tapi sebab dah lama saya teringin nak makan,enSuami beli juga (bukan mengidam ye)..tengkiu dear ^_^
~sekilo rm13(3 biji ni rm50)..fuhhh~

~tapi puas ati sangat.sedap.gebu.lemak.manis.saya yang paling banyak makan.ngee~

~saat ku idamkan.weee~

masa enSuami nak solat Asar,damia sibuk nak join sekali.damia sujud.hmm,pandai anak mama.jadi anak solehah ye besar nanti :)

~damia tengah sujud.ngee~

~tengok tu.dia yang paling sibuk sekali~

sekian.aktiviti hujung minggu yang memenatkan.dan menyeronokkan.

**Fakta bukan auta tentang Naurah Damia:
-dah menapak dua tiga langkah.tak sabarnya nak tengok damia pandai jalan :)
-bila kami panggil damia,dia akan menyahut 'Aaaaa..'.comel sangat.kakaka
-pandai cakap 'naaa' (nak) bila nampak makanan :)
-pandai cakap 'dah' bila dah taknak makan atau nenen :)
-dah pandai minum guna straw :)
-pandai panggil nabil 'Abba..'
-pandai panggil enSuami 'Ayyahhh..'
-pandai panggil mama 'Ammmaa..'

**terima kasih abah dan ibu syawal :) lain kali kami datang lagi ^_^
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

3 comments:

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

nak doyan! nak doyannn :(


Jangan terkejut Bumblebee jadik Vivabee, hahahah

Unknown said...

budak zaman skrg ni,tak boleh panas sikit kan...hehehe...
Bila Faiz melipat baju

aNiM said...

cintabunga: dah yilek :)

ila: memang.nk berkipas semanjang..