Saturday, November 27, 2010

AidilAdha 2010 @ Kota Tinggi

Hari raya AidilAdha dah lama berlalu.saya baru sempat nak menulis entri pasal raya.hehe.raya haji tahun ni kami beraya kat rumah mertua saya.sebab turn raya puasa dah raya kat sebelah saya.mak mertua saya yang masak.banyak menu yang sedap-sedap.mak cakap abah nak makan lain.mak nak makan lain.jadi kena masak semua.hahaha.macam-macam ada..

pagi raya,nabil bersiap-siap juga sebab enSuami ajak dia ke masjid.memang la dia tunggu saat tu.balik je dari masjid kami bersalam-salaman.tahun ni cuma ada kami sekeluarga dan adik ipar saya yang bongsu,Diah.





lepas bergambar kenangan,kami ke Kota Tinggi.sebelum ke Kota Tinggi,kami singgah rumah mak saya.hah?semua orang sempoi je.tak pakai baju raya pun.adik ke-6 saya cakap semua pakai baju biasa dia pun pakai la baju biasa.cesss..
sebenarnya raya haji tahun ni jatuh pada hari rabu.sebab tu la ramai tak balik.sampai Kota Tinggi,kami je yang ada.adik-beradik mak belum sampai.kami lepak-lepak je la.sambil makan-makan.tengahari baru yang lain-lain sampai.
enSuami ajak nabil pegi tengok orang sembelih lembu korban.nabil excited gile!balik rumah tak habis-habis bercerita pasal lembu..dia cakap 'kecian lembu kena sembelih..'

kat rumah tok yah,mak ngah dari Bandar Tenggara bawak bahan-bahan untuk masak laksa johor.semua gotong-royong masak.yang jadi mandur laaaaagii ramai.hehe.

pukul 2.00pm kami siap-siap balik kluang.sebab dah kumpul ramai-ramai memang meriah.tapi damia mengaruk.nak tidur tak boleh.hiss..macam mana la kan..
kat taman seri impian rumahku syurgaku..kami dapat daging korban.wah..hari-hari menu daging la jawabnya..

menu pertama daging korban.daging salai masak lomak.hehe.sedappp..

1 comment:

ferry said...

wow..nampak sedap..tapi tak dapat merasa.hehe