Friday, November 26, 2010

Banjir

20.11.2010 adalah hari yang memenatkan.huhu.
Sebab celik je mata ada kejadian yang tak diingini berlaku.apa dia??

Banjirrrr!!!!

Taktau la apa masalahnya dengan akuarium tersayang enSuami.air menitik sampai membanjiri seluruh ruang tamu.aduhh..dah la enSuami kerja.jadi saya cepat-cepat keluarkan meja dan barang-barang yang banyak (lebih-lebih lagi Nabil punya mainan) tu.

Sebenarnya sebelum dah pernah jadi.tapi takla separah tu.uwaa..saya berlari-lari ke dapur..ke depan..macam makcik tiga suku.heheh.yela,sambil kemas sambil masak sarapan sambil-sambil...

Nabil sibuk nak tengok apa la yang saya sibuk buat pagi-pagi buta...

'mama buat apa mama..'

'abin nak tengok mama..nak tengok dekat-dekat..kat sini tak nampak..' (sebab saya suruh dia duduk jauh-jauh).


nampak tak akuarium kat hujung sana tuuu..airnya yang penuh dah tinggal separuh.banjir sampai ke rak tv.huhu..

Sambil-sambil operasi membersih, saya message enSuami..heheh.

'apa kata kita letak akuarium ni kat luar rumah je..kalau nak banjir pun banjir kat luar rumah je kan..'


Sebenarnya malam sebelum tu saya dah nampak ada limpahan air sikit kat bawah akuarium tu.tapi tak kritikal sangat.saya matikan suis jadi air tu stop menitik ke lantai.tapi 3 ekor ikan enSuami 'terkorban' sebab tak cukup kuat.hehe.ikutkan hati nak je saya 'gulai' ikan tu.juadah untuk enSuami.hahaha.


ikan-ikan yang mati.abin cakap 'kecian ikan ayah mati ek..'

Sebelum tidur saya on semula suis akuarium tu.ha...apa lagi.esok pagi bangun tidur dapat extra kerja.lepas siap operasi makcik cleaner,saya dan anak-anak bersiap sambil menunggu enSuami pulang sebab nak pergi kenduri kahwin officemate beliau iaitu Din dan pasangannya.kat Parit Othman, Batu Pahat.

kami datang paling lambat,ok!orang dah kemas kerusi meja.hahaha.nasib sempat berposing atas pelamin.kami sempat bergambar dengan pengantin.nasib baik pengantin belum tukar baju.heheh..
Sekian.hari yang memenatkan.lepas makan-makan kami balik kluang semula.Home Sweet Home.. Arggghh...

Hepi Dayyyy!!

Dah seminggu berlalu saya nak juga tulis entri pasal ni.heheh.
Sebab hari-hari nabil mengingatkan saya dengan lagu-lagu sambil menari.

'nobody nobody but you..'

tak pun..

'happy birthday to you!happy birthday to you!happy birthday to chicky..happy birthday to you..'

21.11.2010 hari ahad yang mengujakan.ada chicky and friends fun zone kat Kluang Mall.Nabil paling excited.Nabil masuk contest pakaian beragam.temanya adalah pakaian pengantin 1 Malaysia.kami decide untuk beli pakaian pengantin lelaki india.sebab simple.hahaha.tu pun beli last minute.


Adik ke-enam saya pun ada jadi saya lantik beliau jadi mamarazzi.hehehe.


aturcara majlis..

Kami sampai lambat sikit.pukul 10.30am.majlis dah mula.sebabnya kami singgah kedai kasut beli capal nabil.nabil tersangatlah excited sebab chicky and friends tengah menari.



Nabil masuk contest pakaian beragam.enSuami terpaksa temankan masa nabil perform.ye la belum pro lagi.hehe.nanti dah terer nabil naik pentas sorang-sorang ye ayah..

peserta lelaki cuma 5 orang.nabil dapat saguhati je.takpe la kan.yang penting nabil hepi sangat.memang terpancar cahaya kegembiraan kat muka dia.hahaha.bukan dia je.kami pun sanggup tunggu sampai majlis habis.

hadiah saguhati nabil.pengantin lelaki india.hehehe.

hari jadi chicky.sampai sekarang nabil masih excited nyanyi lagu happy birthday chicky..


sebelum balik kami guna 6 kupon ni main game yang ada.dapatlah hadiah-hadiah tuu..


Habis je majlis kami yang kelaparan terus pegi jalan-jalan cari makan.huh!lapar gile!


nabil order mi goreng.acik tt tolong suapkan..



saya order chicken chop.sama dengan adik ke-6 saya.enSuami order nasi + asam pedas.tapi dia cakap tak sedap.huhu.kesian.

Sampai rumah jam 5.00 pm.wahh..keluar pagi balik petang.penat.semua tertidur.saya dengan gigihnya masak untuk dinner.lauk asam pedas.hehe.
Sekian.hari yang mengujakan.hari yang membahagiakan.terima kasih enSuami!