Assalamualaikum..
Aku terpanggil untuk menulis entri ini hari ni sebab dah dua hari anak bujang manja tak nak makan.
Okey. Aku mulakan dengan rutin harian dia waktu sekolah.
Tiap pagi bangun bersiap ke sekolah memang nabil tak sarapan kat rumah. Sebab dia cakap kat sekolah ada sarapan. Memang betul. Pukul 7.15pagi.
Pukul 9.45 pagi kalau tak silap, akan ada makan pagi. Biasanya menu yang agak berat sikit. Contohnya nasi goreng, mi goreng, atau bubur.
Balik sekolah pukul 11.30pagi, biasanya nabil akan mintak makan lagi kalau makanan kat sekolah tak mengenyangkan. Biasanya aku memang dah siap masak untuk lunch sebelum ambik dia balik sekolah.
Lepas makan dia akan tidur lebih kurang 1 jam, atau dia akan tidur dulu baru makan sebelum ke sekolah petang. oh ya, nabil pra sekolah sebelah pagi, petang sekolah kat Tadika Agama Johor (TAJ) pulak. Biasanya kat TAJ, akan sediakan makanan juga. kalau balik sekolah pukul 6 petang tu dia tanya mama masak lauk apa, maksudnya dia lapar la tu. sebab kat sekolah cuma makan kuih. hehhehe.
Dan, biasanya dia akan tidur selepas Isyak lepas siapkan homework. Malam memang dah tak makan la sebab dah makan sebelum Maghrib. Ha, panjang pulak cerita pasal budak manja ni kan.
Ok balik semula topik asal. Semalam balik dari pra sekolah, nabil taknak makan. okey, takpe la aku tak kisah sebab dia cakap kat sekolah dia makan nasi lemak. lepas tu dia tidur. Sebelum pegi sekolah petang aku tanya nak makan ke tak. nabil cakap nak. lepastu tetiba cakap taknak. eh. pelik. takpela agaknya nasi lemak tu memang mengenyangkan sangat2 kot.
Balik dari sekolah petang, nabil cerita pasal air milo yang aku belikan minggu lepas. dia nak. nabil cakap kat sekolah makan roti jala tapi tak sedap. masalahnya dah nak sampai rumah. aku cakap kat dia, kalau lapar makan nasi. sampai rumah, nabil dan damia ajak pegi playground. dah main lebih kurang 15minit, nabil merengek nak air kotak milo. haish.
Aku ajak balik rumah. kat rumah aku suruh dia makan nasi. sebab nak pegi kedai adoila jauhnya. kat area rumah baru kami takde kedai lagi. kalau nak pegi kedai kena drive jauh sikit. so aku janji aku akan kirim kat enSuami la nanti. nabil cakap taknak makan. eh pelikkk..
aku pun mula la soal siasat. kenapa la boleh sampai taknak makan. agak pelik la. dah la badan dia dah susut sebab baru baik demam. hilang dah pipi pau feveret mama wuwuwu.
Akhirnya...
Nabil: Abang nak kuruskan badan
Mama: Kenapa nak kurus pulak??
Nabil: Kawan abang Asyraf asyik cakap nabil gemuk nabil gemuk.. sedih abang
Mama: (sedihnya mama dengar) Apesal kawan abang cakap macam tu? kawan abang tu kurus sangat ke?
Nabil: Taklah. dia lagi gemuk daripada abang tapi abang tak pernah ejek dia.
Mama: ----
Aku tarik nabil. slow talk. aku cakap kat nabil, kawan abang tu ejek abang sebab dia ada kekurangan. dia cemburu dengan abang. sebab abang lebih baik dari dia. abang kecik lagi mana boleh sibuk nak kuruskan badan. nanti tak cukup zat. takpela abang makan, nanti ada tenaga nak belajar, nanti bila tiba masa, abang akan tinggi pulak. masa tu takde masalah nak tambah tinggi sebab abang cukup zat.
Lepastu nabil terus makan nasi. habis. licin.
*mama kesat air mata kat tepi dinding. wuwu
Sebenarnya, aku yang emo lebih2. sebab aku dah merasa kena ejek GEMUK. aku mula gemuk sejak aku sekolah menengah. tapi masa tu on off la. sekejap berat turun. sekejap naik. tapi aku faham sangat la apa perasaan bila orang gunakan perkataan yang agak power tu. sebab sekarang pun aku dah terlebih berat dah.
Aku paling tak faham bila orang bahagia sangat bila dapat panggil orang dengan perkataan GEMUK, BADAK, dan yang sewaktu dengannya tu. Aku ingat lagi dulu aku kena ejek sambil kena gelak2 sampai hancur luluh hati aku. dan masa tu aku terus berdoa. semoga orang yang ejek aku akan terima ganjaran setimpal. ye la, dia 'SUKA' sangat dengan perkataan GEMUK tu kan. Aku taktau la berkat doa orang yang teraniaya ke.. kesungguhan aku berdoa masa tu ke.. dan sekarang aku macam nak ucapkan tahniah kat dia sebab dapat isteri yang boleh tahan sihatnya dari aku. dan kat bapak dia sebab dulu sama2 join anak dia ejek aku dulu, dia dapat menantu "COMEL".
Kisah 2. Sorang lagi insan yang aku pun tak faham kenapa jaki sangat dengan bentuk fizikal aku yang sihat ni. kadang tu depan suami aku dia sibuk cakap aku gemuk. eh. aku tau Allah dah kurniakan ko dengan isteri cantik jelita pinggang ramping bak kerengga kan.. bersyukurlah.. ni TIDAK. sampai suami aku pun perasan, kenapa la topik itu yang di ulang2. memang masa tu aku teramat sentap. makan dalam orang kata. sebelum ni pun memang itu la topik dia bila jumpa aku. sampai aku doa dalam hati. semoga Allah hadirkan dalam hidup dia orang yang SIHAT macam aku. nak tau? Anak perempuan dia sangat "COMEL". dari baby membawak ke sekarang ni ha. sampai tahap kena diet sebab selera makan membuak2.
SO, what you give you get back. gitu?
Aku takde la nak cakap pasal doa aku ni makbul sangat ke apa. tapi kan, doa orang2 yang teraniya In Sha Allah.. makbul. Aku teraniaya? Haruslah. memang bukan fizikal. tapi mental. harap maklum.
Kadang aku tak faham juga. seronoknya lahai kau panggil kawan kau gemuk. memang luarannya dia tak nampak macam dia kisah sangat. tak nampak marah. tapi dalam hati? kau tau apa yang dia rasa? ok la kau cakap dia memang takde hati & perasaan, dia tak kisah. sebab apa? sebab walau berbakul kau keji dia dengan perkataan tu dia masih sahabat sejati kau? ok aku nak cakap kat sini. sebenarnya dia kisah. kalau dia tak kisah, orang yang sayang dia kisah. contohnya mak dia. mungkin dia tak ramai kawan. jadi dia terima dengan rela hati segala panggilan "mulia" yang kau bagi tu.
Ok. aku dah emo lagi. sebenarnya bukan pasal apa pun. dulu aku ada sorang kawan. badan dia kecik. ada ramai batch aku ada nama sama macam dia. so kami suka panggil nama dengan gelaran. contohnya. eija kecik. suatu hari dia cakap kat aku dengan nada sedih, jangan panggil dia macam tu sebab macam doakan dia kecik selamanya. ok sebenarnya mungkin kawan2 takde niat nak kecikkan hati dia, tapi sebenarnya dia dah kecik hati. jadi, lepastu kami tak panggil dengan nama tu dah.
Begitu juga dengan gelaran lain. pendek.. hitam.. mungkin kita tak sedar, kita dah buat orang terasa. tapi fikirlah. yang kita kutuk tu sebenarnya ciptaan Allah. sebelum kita tengok kekurangan orang, mungkin lebih elok kita cermin diri kita dulu. mungkin orang yang suka cari kekurangan orang lain ni bermasalah. ye la, dia cantik tapi ramai musuh, dia kurang kasih sayang sebab nak perhatian sebab tu dia buat macam tu.
ok dah banyak sangat aku bebel. oh yang aku bebel ni kena dengan topik ke tak ye? hm, ada ku kisah? hahaha..
ok, sekian. ingat ya kawan2 semua.. aku masih mood sedih sekarang sebab tadi nabil masih taknak makan. lepasni siapa yang ringan mulut panggil anak aku gemuk, aku akan ringan tangan juga cili mulut dia. kesian la kat aku. dulu masa kecik dia tak selera makan, badan kecik. orang cakap daging anak semua bagi kat mama sebab anak kurus mama gemuk. sekarang anak aku dah sihat, ceria, ada daging, kenapa yang kau dengki sangat hah?? aku perasan setiapkali nabil kena tegur gemuk dengan orang sekeliling, dia akan demam dan masa tu badan dia akan susut. aku taknak percaya atau fikir bukan2 tapi itu yang jadi selalunya. so, please.. sebelum cakap apa2 fikir.
Wassalam.
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
1 comment:
akak pedulik ngan anasir2 jahat tu kakak...mmmm...dorang dengki la tu ngan kebahgiaan akak tu...sue suke tgk abil semanagat gitoo..walau[un aritu terlepas kan caklap kat dier..kikikiki..tp tak pe, mak lang suke pelok abil, gomol2 dier sebab dier semangat...teringat zaman abil tak mo makan sangat dolu, kurus je, macam syawal...tp sekarang dah nampak semangat, ok la tu kakak...dorang semua tu poyo je tak leh tgk akak lebey sikit kan...akak, nasihatkan abil banyak makan lagi kak, sue nak pelok abil ketat2..suke ngan budak semangat tu
Post a Comment