Monday, October 24, 2011

Saya sudah jemu

harini saya dibantu oleh kanak-kanak riang buat operasi mengemas rumah. sebenarnya saya sudah jemu dengan susunan perabot dan semua benda yang ada dalam rumah. beberapa hari ni juga saya fikir nak tukar macam mana.

harini saya nekad. saya ubah katil. ubah gerobok (almari baju), drawer, meja solek dan lain-lain. pergghh..berat gile. sambil tolak pelan-pelan nabil tolak sama. dia cakap nasib baik abin tolong kan mama? haha. dah siap kemas (baru bilik utama, esok sambung bilik tengah pulak) terus mandikan kanak-kanak.

lepas maghrib, suap kanak-kanak riang makan. lepastu dua-dua terus tidur. haha. penat sangat la kononnya kan. saya pun rasa mau pengsan. tapi gagahkan diri lipat kain pulak. owhh..sangapp. part paling malas ni. kena lipat juga. kang dah jadi gunung everest lagi sangap nak lipat. huarghhh..

nota kaki: rasa macam dah jemu juga tengok design blog ni. jom tukar!

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

5 comments:

Ila said...

mengemas sakan ek..sib baik ada org tolong ek

fieda said...

kak fieda pun sama anim...kalau dah jemu mcm tu la..tukar tmpt..anak2 jugak yg tolong...

psstt..kak fieda pun dh tukar template yg simple..malas nk berhias lbih2 blog tu sbb dorang komplain blog berat..skrg blog ga dah tak aktif sgt tu yg kak fieda hidupkan balik blog utama..dulu suram jer blog tu..

zahidah seran said...

aku pun rajin lipat kain skrg.
tobat dah takmo jadikan gunung..kehkeh...

bunga said...

amboi..mengemas sakan tu..:0

Nida said...

Lama tak bertanya khabar.. Anim sihat ?