Friday, September 9, 2011

Rasa macam nak pindah rumah jugak

Rumah sebelah kanan saya kosong. dah setengah tahun tak de penyewa. jiran sebelah rumah yang kosong tu, Puan E pulak nak berpindah mengikut suami beliau ke Shah Alam esok pagi. kerja suami Puan E macam suami saya. bila projek selesai, kena hantar tempat lain ataupun duduk la diam-diam kat HQ.

sedih juga. sebabnya baru nak rapat. start bulan Oktober ni suami saya pulak akan mula kerja kat Kulai. kami? kena duduk diam-diam kat Kluang. rasa macam nak pindah juga. tapi bila fikir bab angkut-mengangkut ni malas pulak. tapi sedih la pulak kan. bila dah kerja kat site mesti enSuami jarang dapat balik. huwaaa..

oh malas betul nak tulis entri. mood raya takde la meluap-luap sangat tapi mood berblogging memang dah kelaut.

damia memang hari-hari ajak beraya. kalau tak dia mengaruk tak sudah. adess..jadi saya bawak dia beraya 1 hari 1 rumah. huhu. pandai pulak tu nak balik hulur tangan cakap 'aye..' sebab tiru orang cakap selamat hari raya..lepas salam tunggu orang bagi sampul duit raya..kehkeh. lepastu terus bagi kat mama. nasib baik. kalau disepahnya kat mana-mana, jadi kerja pulak nak kutip.

sekian. jom perabis kuih raya sambil menonton tv. kawan-kawan datang beraya tapi tak usik sangat kuih raya. agaknya kalau nak suruh orang makan kuih raya banyak-banyak tak payah masak-masak kot. hehe. tah kenapa mood masak datang bila kawan nak beraya. tapi kalau nak datang kena bagitau awal la kot. kalau tetiba dah terpacak depan rumah memang makan kuih raya je ;)

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

5 comments:

amiey lee said...

anim selamat hari raya.
huhuhu alahai kna dok jauh ngan hubby la ni ye?

Amie said...

ada lagi kuih raya ke.... datang nak beraya nih... selamat hari raya Anim.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam anim..ssh gak nanti klu brjauhan dgn HB,harap2 semuanya selamat yer.
mmg bab2 pindah randah nie mmh leceh..nk ngemas,packing lam kotak pastu kemas balik.
Umah k.atie ddk skrg pon dulu sewa gak...pastu tuan umah nk jual.Sbb malas nk pindah randah...HB k.atie terus beli.

mrs redzuan said...

aku ade kuih raya ciput sgt. so mmgla kena masak utk tetamu.(ceh,mcmla ramai sgt yg dtg)...

aNiM said...

@amiey lee: selamat hari raya dear. aah laa..dok jauh. jumpa 2 kali seminggu. kesian juga kat anak2 sebab bila ayah dia balik je memang nampak sangat rindu ayah diorang. memang tak dapat rehat la kalau balik.

@Amie: banyak lagi kuih raya ni..jemputla makan..hehe

@ ♥♥azatiesayang ♥♥: tu la kak atie, memang leceh kan. bab2 tu yang jadi malas nak pindah. nak kemas dua kali. kemas nak pindah. kemas dah masuk rumah baru.huhui. pengsan.

@mrsredzuan: aku memula rasa kuih aku macam sikit je. tetiba tengok macam terlebih la pulak.nasib baik tat nenas yang beli dengan ko tu aku bagi mak je.eh choc chips tupun aku tinggal sekali.fuh!