Friday, August 26, 2011

Perang balik kampung

Raya rumah siapa dulu?
Rumah mak bapak sendiri?
Rumah mertua?
Raya mana dulupun tak kisah kot. yang penting anak-anak gembira. semua gembira.
Nasib baik sebelum kahwin kami dah sign agreement (tipu). kalau tak agaknya perang balik kampung juga kot. haha. tambah lagi kami sekampung. lagi la susah.

tahun pertama kahwin, kami raya kat kampung enSuami kat Penang (kampung abah-in-law). masa tu belum ada anak lagi. tapi enSuami dah start mabuk darat. kehkehkeh. cara kami kalau tahun tu turn beraya sebelah enSuami, jadi first day puasa mesti kat rumah mak saya. dan raya AidilAdha juga kat rumah mak saya dulu. heh adil kan? setakat ni dah nak masuk 5 kali beraya bersama. Alhamdulillah..takde masalah. tapi kekadang enSuami buat-buat lupa (nak mengelat la tu). saya pun selalu kira betul-betul. kalau 2 hari kat rumah MIL, kena 2 hari jugak kat rumah mak saya. kahkah. tapi saya taklah kejam sampai nak kira jam ke minit ke okeyyy..

tahun ni turn enSuami. tapi kami tak beraya kat Penang lagi dah. sebab tahun lepas Tok Nun kembali ke rahmatullah..jadi takde sesiapa kat rumah tu dah..jadi kami beraya kat Kota Tinggi (nenek sebelah MIL). maknanya, kami akan terus beraya kat Johor la kot sampai tua.

tak kira la kat mana pun kita beraya..dengan cara apa pun kita beraya..yang penting semua happy. semua baik-baik saja. semua selamat. insya Allah..

oh, raya ni mesti tak sempat nak berblogging. belum raya pun dah malas nak update. selamat bercuti raya. yeayy!

p/s: korang ada masalah tak pasal turn balik kampung ni? harap-harap takde yang bermasam muka la ye ^_^


SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI KEPADA SEMUA :)
sELAMAT MENYAMBUT MERDEKA JUGA ;)
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

8 comments:

Nida said...

Salam Anim..

Tak sangka Anim ni orang Johor... samalah kita..

Akak dibesarkan di Kota Tinggi (arwah abah orang Kota), mak dan suami orang Pontian, tapi sejak abah meninggal dunia kami berpindah ke Kota Masai.. kira kami ni orang sejati Johor..:)

syawalsimpsons said...

mmmm...sy no problem turn blik kg....kikiki

fieda said...

berehh..xder prblm..taun ni turn balik ktn kg kak fieda..seronok sgt ni..

aNiM said...

@Nida: akak dok Kota Masai ke? dulu sebelum pindah Kluang, saya dok Taman Cahaya Masai. kawan2 ramai dok Kota Masai. wah..boleh la jumpa akak kalau gi sana kan?

@syawalsimpsons: Alhamdulillah..nak raya nak hepi2 kan. kalau ada problem turn balik kampung memang spoiled mood raya kot.

@fieda: wah..turn akak eh? mesti syok kan?saya dah terasa bahang meriahnya raya akak kat Kuantan tu..hehe ;P

Nida said...

laaa.... ye ke.. Insya Allah tahun depan akak akan balik Malaysia, bolehlah kita jumpa nanti... ameeeeennnn..


Akak dan suami kerja di Kuantan, tempat Fieda... tapi keluarga semua di Johor... kerap juga kami balik Johor sebab dua2 orang Johor, jadi takdelah masalah nak balik kampung sapa time raya.. tapi macam Anim juga, kalau dua hari sini, sana pun mesti dua hari..:)

bunga said...

selamat hari lahir dan merdeka..maaf zahir batin..

Wanita2u said...

Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam anim...terima kasih atas ucapan & doanya sempena anniversary k.atie...
Org johor rupanya bkn jawa ke?sbb kat johor ramai org jawa gak...