Tuesday, July 26, 2011

Kenapa dia tak approve??

Saya ada seorang kawan.
kami sama-sama naik bas sekolah tiap-tiap pagi satu ketika dulu. seingat saya, kami agak rapat. saya selalu juga pegi ulangkaji kat rumah dia dulu. saya baik juga dengan parents dia.

seingat saya juga, saya selalu mengalah bila datang 'angin' tak baik dia pagi-pagi. sukahati dia nak buat muka masam mencuka macam tak kenal saya. jalan menonong sampai ke kelas. lepastu bila 'angin jahat' tu hilang ditelan bumi, dia tegur saya macam takde apa-apa yang berlaku.

seingat saya, dia sambung belajar pun saya masih baik dengan family dia. walaupun kami tak sama tempat pengajian tapi kadangkala kami contact juga dan berkogsi kisah suka duka kehidupan.

seingat saya, masa saya nak kahwin, saya sendiri naik motor pergi hantar kad jemputan ke rumah dia. memang dia takde tapi saya titipkan kad itu kepad ayah dia. masa majlis kat rumah saya, parents dia datang. dia tak datang mungkin sebab dia sibuk. takpe la. saya tak kisah bab tu.

seingat saya juga, masa dia kahwin, saya tak pergi sebab saya tak dapat kad jemputan. memang mak bapak saya datang. tapi saya tunggu juga kad dari dia. sebab saya pun teringin nak tengok dia di hari bahagianya. ke saya patut datang je sebenarnya?

dan sekarang, bila saya tengok kat fb, saya selalu cari nama dia tapi takde. rupanya dia guna nickname lain. saya nampak dia komen sana sini kat status kawan-kawan lain. saya cuba add dia sebagai friend saya. tapi sampai sekarang dia tak sudi nak confirm. kenapa ye? agaknya mungkin ada salah faham kat mana-mana, sebab saya tau tu memang dia.

kepada dia yang saya anggap sebagai kawan, kenapa ye sebenarnya?

tapi, saya fikir positif je la ye.
1) mungkin dia tak perasan nama saya. tapi saya tak guna nama pelik pun. saya guna nama saya. agaknya saya kena tukar nama Amy Mastura kot. hahaha.
2) mungkin dia busy sebab dia tergolong dalam warga pendidik.
3) mungkin dia rasa saya ni manusia tak penting dalam hidup dia..

nota kaki: korang ada masalah macam ni tak? saya tak kisah sebenarnya pasal fb tu. tapi saya terfikir apa silap saya :( nak masuk Ramadhan ni tetiba ter-touching lebih sikit. hehe

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

10 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Anim.maybe dia trlepas pandang kat nama Anim kot.Kita bersangka baik je la Anim...hati & perangai org nie lain2.

anisalya said...

tp mmg ada orang mcm tu...
layankan je la...

mrs redzuan said...

budak S kah?
bukanke ko kata dia mmg berperangai pelik sejak dulu. bior jekla.
orang tak sudi buat dono jek.
ramai lagi lebih hargai persahabatan.
jom gosip. *batu api*.
gagagaga.

ZALIYATI said...

sakam...
betul kata mrs redzuan tu. org dh xnak watpe terhegeh2...byk lagi kawan lain yg x perangai macam tu..doa2 je la semoga akk xde dosa dgn dia...Allah lebig mengetahui... (ke dia dengki kat akk????)..hehehe

ZALIYATI said...

*salam.. (x perasan lak)

aNiM said...

@♥♥azatiesayang ♥♥: betul tu kak. saya tengah bersangka baik la ni. tapi kami pernah rapat dulu. takkan dia tak cari saya kan? haha. perasan glemer la pulak ek?

aNiM said...

@anisalya: kan. layankan je la. doakan dia dari jauh je..hmm..

aNiM said...

@mrs redzuan: wah. ko memang terer beb.haha. aku baru lepas mengadu nasib kat mak. mak cakap ada masalah mental kot. gagaga. tapi aku macam tak pueh hati la kot.haih~

aNiM said...

@ZALIYATI: nak tau juga apakah dosaku.hihi. nanti kena bermaaf-maafan di hari raya.bukan nak terhegeh-hegeh tapi rasa nak rapatkan kembali silaturrahim. tapi kalau tak sudi nak buat macam mna kan.hehe

fieda said...

anim..akak rasa kan ada la tu yg dia dengki dgn anim dari dulu tu....masalah hati la tu.hihi..