Tuesday, March 29, 2011

Apam pisang idaman hatiku :)

ini adalah sambungan entri mengidam apam pisang ^_^

kelmarin balik kampung.mak tanya.

mak: pisang dah masak, kaknim nak tak?
saya: eh,nak..nak..(excited)
mak: ambikla tu mak dah bekaskan (1 plastik beras beb)
saya: eh,banyaknya.

saya pun ambikla sikit2 masuk dalam plastik lain (konon).yang ni untuk buat apam, yang ni untuk jemput2, yang ni untuk lepat, yang ni untuk lempeng (hamboi tekak..)..err..rupanya satu plastik beras 10kilo tu juga saya bawak balik.kakaka.

balik rumah saya tetiba mak sms.'pisaaaaaang'

hah?alamak.sedihnya.lupa nak angkut sekali.esoknya adik ke-4 saya PERY hantar ke rumah saya.YEAYYY!!!

ni dia hasilnya.apam pisang idaman hatiku.hehe.puas hati sebab dah dapat makan :)




resepi Apam pisang

4 biji telur
1 cawan gula
2 cawan pisang kapas
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
garam secukup rasa

CARA-CARA MEMBUATNYA:


1.lenyek pisang dengan soda bikarbonat.
2.pukul telur dan gula hingga kembang.
3.masukkan tepung dan baking powder (ayak dulu).gaul.
4.masukkan pisang yang dilenyek bersama soda bikarbonat tadi.
5.masukkan garam secukup rasa.gaul.masukkan dalam loyang yang dah disapu minyak.
6.kukus selama 45 minit.
7.dah sejuk.potong dan makan.

tapi saya makan panas2.sebab dah tak sabar.nabil dan damia pun sama.sedap gileeee..senang je kan?
sekian.jemput makan.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

4 comments:

cik pulau said...

wow.. nampak sedap.. mintak sikit.. lalala~

aNiM said...

jemput dtg umah la..lalala~

Fieda said...

amboi...best nyer..hulur kt sebelah sikit...gebu x guna resepi ni..anim ambik kt mane resepi..?

aNiM said...

x ingt la kak.dh lama cari kt google.tgk resepi ni yg senang.gebu.sedap.hehe.tp saya letak telur 3 biji je sbb telur gred A.besar skit.