Monday, December 20, 2010

Sengal

Dah seminggu berlalu.Penat bercuti kat Langkawi masih terasa.adehhh..sengal-sengal otot rasanya..

Siapa dah tengok Rapunzel?best kan?Syok gile!kami pergi tengok wayang Rabu lepas.Nabil sangat teruja.tengok dari awal sampai habis.cayalah!kesian enSuami sebab mula-mula kami beli 3 tiket (enSuami,saya dan adik ke-6 saya).tetiba terfikir pulak kot-kot Nabil pun nak pakai 3D specs.jadi enSuami beli lagi 1 tiket untuk kanak-kanak.malangnya bila Nabil duduk je kat seat dia,seat tu macam nak terlipat je.maklumla Nabil kan 'halus' je..hehe.terpaksa la enSuami pangku Nabil.huhu.

Kami sampai awal.tiket wayang pukul 9.30pm.jadi kami lepak-lepak sambil makan ayam goreng Uncle Bob.sebelum tu Nabil main motor.RM3 = 5 minit.saya dan Tt duduk kat kerusi urut.RM1=3minit.saya 'berurut' sambil pangku Damia.best gile.macam nak terlelap pun ye juga.habis 1 sesi.saya tambah lagi RM1.hehe..eh,yang sebenarnya saya nak cerita pasal kanak-kanak yang sengal badan sampai terdemam.orang cakap demam urat la gitu..

hari Khamis Nabil dah tak selera makan.badan dia agak hangat.saya bagi ubat demam.pagi Jumaat dia nangis.saya ingat dia lapar.tapi memang pun.tapi lepas minum susu dia merengek je.rupanya mulut dia ada ulser.hah?adoii..macam mana ni..saya bagi dia makan aiskrim vanila untuk legakan ulser tu.mlm tu kami pegi klinik lepastu balik kampung.mintak urut kat mak saya.Damia pun demam juga.adehh..bila malam je saya kena bangun mandikan dia sebab suhu badan tinggi.siap kena bagi ubat backside insert.ye la,dah panas sangat.

hari ni dah hari ke-5.Nabil masih belum ok.sebenarnya demam dia dah ok.tapi ulser kat mulut dia dah bertambah.mula-mula kat bibir.lepastu pipi kiri dan kanan.yang memburukkan lagi keadaan ulser dia ada kat tekak pulak.huwaaa..dah 3 hari dia tak makan.minum milo dan susu saje.kesian anak mama.makin kurus.makin kecik.

saya terpaksa jadi mama yang 'kejam' sekejap.sebab bila saya layankan je dia jadi makin manja.tak mau minum.makan jauh sekali.sesekali menitik juga air mata.siapa yang sanggup tengok anak sakit?

saya terpaksa ugut nak suruh dia tidur kat luar.takboleh tidur dengan saya kalau dia taknak minum susu.
saya terpaksa paksa dia makan ubat.makan kanji nasi.semua tu untuk tambah tenaga dia.sebab dia tak makan langsung.

Ya Allah..sedihnya kan?

kalau orang tengok mesti orang cakap saya dera anak.sebabnya Nabil akan menjerit macam kena histeria bila saya nak bagi ubat dan makan kanji nasi.nak buat macam mana.orang mana tau kan.saya terpaksa.

Cepatla sembuh ulser kat mulut Nabil tu.saya tak sanggup nak 'bergaduh' dengan dia setiap hari.setiap kali habis sesi makan kanji dia akan cakap "Nabil kan kuat".tapi masa sesi makan kanji dia akan menjerit.meronta.cakap apa-apa je la.huhu.sedih.

5 comments:

ferry said...

uit..sedih plak baca..hehe

aNiM said...

yok yok je kamu..hehe

Miera Hassan said...

x bawak g hospital pulak ke kak..cian nye...smoga nabil cepat sembuh..

aNiM said...

klu bwk gi spital kna masuk air kot.nabil dh la sgt kuat meronta.xleh bygkn mcm mna misi nk masukkan jarum kt tgn dia kang.huhu.xpe skrg dia dh ok.tggl ulser sket.mslhnya dia sgt takut sakit.huhu.xmau cuba mkn.takut mulut sakit.haihhh..

iLa SaHaR said...

ulser tuh nak bagi ilang...
kumur ngan air garam suam...
memang pedih...
klu tak kumur pun biar dia biarkan je air garam suam tuh dalam mulut dalam 5 min
jangan plak suh dia telan...