Tuesday, December 21, 2010

Putera Katak, Slot Lagenda TV3

Slot Lagenda baru Putera Katak telah ditayangkan pada 29hb Nov selepas habis Ulek Mayang. Pelakon utama dalam drama Putera Katak ialah Nora Danish dan Zizan Nin. Zizan Nin akan jadi Putera Katak dan Nora sebagai heroinnya. Pengarah drama ni ialah Adam Hamid.


Putera Katak” mengisahkan Putera Amar (Zizan Nin) yang telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma sebagai manusia walaupun sudah diberikan ciuman. Lantas Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai seekor katak. Dia telah dibela oleh seorang pencinta haiwan iaitu Trisha (Nora Danish). Amar yakin bahawa dia akan berubah menjadi manusia semula apabila sudah menemui cinta sejatinya.


** Isnin hingga Khamis jam 4.30pm di TV3.

** Nabil suka tengok cerita ni.sebab mostly cerita yang ada haiwan dia minat sangat nak tengok.kat rumah dia boleh berulangkali tengok cerita Ice Age, Zoo dan banyak lagi.asalkan ada binatang.macam cerita Rapunzel,dia nak tengok sebab ada kuda.heheh.

** Macam mana pelakon putera katak boleh selamba je pegang katak tu.awwww..meremang tengkuk saya..huhu.

** Sekian.selamat menonton.

2 comments:

aida4eva said...

eeerrrr~ sy sgt takut katak..T____T xbrani tgk cite 2 coz tkt ternampak katak..gigil lutut~

aNiM said...

saya pn geli geleman dgn katak.tp terpaksa teman hero saya tgk.ngeee~~~