Friday, December 31, 2010

Kek Pelangi



Bahan-bahan:

4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan tepung (ayak)
1 sudu kecik esen vanila
1 sudu besar ovelete
pewarna - hijau, merah dan kuning (nak pilih warna lain pun boleh)

Cara-cara membuatnya:

1. pukul telur dan gula sampai kembang
2. masukkan ovelete dan esen vanila.pukul lagi.
3. masukkan tepung.kacau guna senduk.
4. bahagikan kepada 3 adunan tadi.masukkan pewarna.
5. masukkan ke dalam loyang.tuang berselangseli adunan yang berlainan warna tadi.
6. kukus selama 45 minit.
7. dah masak sila makan.makan panas-panas pun sedap.

** sila hantar kat rumah jiran sebelah.sebab bau kek ini sangat sedap menusuk kalbu.hehehe.
** sangat sedap okeh.nabil yang tak berapa nak makan kuih boleh makan kek ni.saya buat lagi satu adunan dan buat bekal enSuami ke tempat kerja.ehhehe.

2 comments:

Unknown said...

Assalam akak..bole x saya nk amek resepi akak ni..nmpak mcm sedap je..:)

aNiM said...

kaseh suci: boleh dear..silakan.. dah buat jangan lupa hantar sini sikit ye. heheh