Saturday, June 15, 2013

3 tahun!

Tarikh ini. 15 Jun 2010. 3 tahun lepas, Naurah Damia binti Marzarudin dilahirkan.
Insya Allah satu kejayaan dan detik manis buat mama sebab berjaya lahirkan damia secara normal selepas pengalaman caesarean semasa lahirkan abang.

Terima kasih sebab menyerikan hidup mama, ayah dan abang.
Terima kasih sebab jadi anak yang baik. jadi adik yang baik. walaupun kekadang (eh selalu kot) abang yang terpaksa mengalah sebab kononnya kakak kecik lagi. haha. ayat power bila suruh abang mengalah :P

Mama, Ayah dan Abang sayang kakak sangat-sangat.

Semoga jadi anak yang solehah. Taat perintah Allah. Sihat selalu.
Berjaya dunia dan akhirat. In Shaa Allah....

Happy Birthday Kakak!

*   memang dia suruh panggil kakak. tapi mama belum ada tanda nak tambah ahli lagi ye.. eheh :P
** Naurah Damia cakap kakak nak adik tapi kakak taknak baby. nak jawab macam mana tu??? haha.


*** In Shaa Allah, harini nak sambut birthday kakak pulak. tengok wayang. Man Of Steel gitu. Haritu sambut birthday abang tengok wayang juga. After Earth. best :) sebelum tengok wayang kami lepak Secret Recipe. beli Chocolate Indulgence 1 slice jeww. eh nanti la buat 1 entri lain pasal birthday kekanak riang ni. hihihooo..

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

No comments: