Friday, June 15, 2012

Sambutan Hari Lahir Nabil dan Damia

Malasnya nak update blog.
Harini 15 Jun 2012 birthday Damia yang ke-2. Birthday Nabil yang ke-4 pada 11 Jun 2012. Kami buat keputusan sambut awal dan sudah tentunya sambut sekali la kan. mula-mula plan nak  buat 3 Jun 2012. tapi masa tu tengah busy rewang majlis kahwin adik iparku so jangan la gatal nak menyibuk buat majlis harijadi pulak ye. hehe. jadi, terpaksala pilih tarikh 9 Jun 2012 tu. lagipun masih dalam cuti sekolah. Sepupu nabil yang sebelah ayah takde la masa majlis ni. maklumla, sorang dok Putrajaya, yang lain dok Sabah..semua jauh. yang ada sepupu sepapat Nabil yang sebelah mama ni je la..

Hari Sabtu 9 Jun tu memang tingtong dah kepala ni. sebab malam sebelum tu tak tidur. sibuk tiup belon, buat benda remeh-temeh. pukul 6 pagi baru dapat lelapkan mata. lepastu ambik ko. pukul 10pagi baru bangun. huwaa. kelam kabut seh. nasib baikla majlis pukul 5 petang. pukul 11 pagi bawak Nabil pegi ambik kek. tak bawak Damia pun sebab nak pegi banyak tempat. nasib baikla juge adik ke-6 dan kakak saya ada. lagipun Damia seronok je kena tinggal sebab ada Rafiq dan iman sepupunya tu :)

Lepas ambik kek terus pegi Econsave sekejap. lupa beli Italian Herbs. haha. ye la, dalam menu kan ada spaghetti bolognese. lepastu terus pegi rumah sahabat sejatiku Sri. tempah coklat dengan dia untuk isi dalam goodie bag. beli 30 batang. percuma 13 batang. malu i Puan Sri. terima kasih banyak-banyak. lebiu :)))

Lepastu bawak Nabil pegi klinik sebab batuk dia sangat teruk dah. adeh deh deh. kenapa la hari majlis kamu begitu? huwaaa. sampai rumah, bagi Nabil makan nasi. lepastu makan ubat. dahtu taknak pulak dia tidur. mata dah separuh terbuka pun dipaksa juge buka luas-luas. sepupu sepapat main kemain meriah, memang la dia takmau tidur. dia join juge mereka-mereka yang sihat tu main. haishhh.

dah pukul 2 baru terhegeh-hegeh nak masak semua benda. haha. kelam kabut seh. mula-mula masak bihun goreng putih. lepastu masak spaghetti bolognese. oh ye, tukang masak spaghetti ialah Puan Zahidah. maafla, ko tengah mabuk pun aku paksa ko masak ek. haha. lepastu sibukla beliau pegi toilet je muntah-muntah.

misi seterusnya ialah buat air bandung. pheww! tengah bancuh Naurah Damia merengek nak tidur. ape lagi ku suruh dia jadi tukang kacau air. hilang ngantuk dia. haha.Rafiq dan nabil hulur cawan mintak air bandung juga. hadoila..huru hara. lepas kupas buah-buahan untuk buat salad, terpaksa mintak bantuan ibu mengandung sekali lagi untuk buat. haha. den tak sempatla weh. nasib baik ibu mengandung sporting. lepastu goreng bebola ikan, nuget dan kentang goreng laju-laju. tu pun last minute okeh. pukul 4.30 baru kelam kabut mandi bersolek bagai.

MIL datang bawak menu tambahan. weehooo!! cendol sagu dan kuih kasui. syiok! lepastu kena bebel sebab dah nak pukul 5 tak siap masak lagi (mak dengan MIL semua datang lambat sebab memasing ada jemputan dan kena rewang, memangla den kelam kabut sebab first time buat majlis yang tak berapa nak beso ni. haha). kentang putar tak sempat siap sebab memang dah tak de masa sangat. adik ke-6 frust gile sebab plan tak menjadi.

Ape pun, hepi sangat sebab majlis berjalan lancar. eh lupa bagitau. majlis ni ada tema okeyy. warna merah dan putih :))

Jom layan gambar..

tokwan mulakan majlis dengan bacaan doa selamat. tokwan tak ikut tema. nak kena denda tokwan ni. hehe.
birthday girl meng'amin'kan doa sama-sama :)
kek hari lahir untuk Nabil dan Damia. sebenarnya Nabil request kek Ultraman tapi kesian hajat tak tertunai. lain kali la ye bang. nasib baik dia ok je masa kami pilih kek. dia nak kek Ladybird sebagai ganti :)
nyanyi lagu Happy Birthday to You. kelakar sebab Damia mula nyanyi baru semua orang nyanyi. adik ke-6 kononnya plan nak bukak lagu siap sediakan speaker lagi. tapi tak sempat nak bukak. semua benda buat last minute. haha.
potong kek. bahagi-bahagikan kat kawan-kawan :)
goodie bag. adik ke-6 yang buat semua ni. rajin kan? tapi reben kecik warna merah tu i yang buat ok. haha (nak enterframe juge)
air mineral ni pun adik ke-6 angkut dari KL. semangat gile makcik :) tapi botol dia comel gile. mula-mula sayang nak minum. haha. 
kuih ni je yang sempat snap gambar. kuih lain tak sempat. huhu. apam Ladybird dan bluberry cheesetart tu tempah. kuih kasui MIL bagi. tq mak :))
kelasss tak?tak tido malam buat benda ni. hehe
nampak tak menu kat atas tu? bihun goreng putih, spaghetti, kentang goreng, nuget ayam, bebola ikan,  cendol sagu, apam ladybird, bluberry cheesetart, kuih kasui dan air bandung (air bandung letak kat kerusi sebelah meja tu..hehe)

masa ni dah malam. nabil baru bangun tidur. muka sedih je ek. takde mood. ape la nabil ni. Damia juara bertahan. tak tidur 1 hari. dah malam baru tidur. hebat anak mama :)

kawan-kawan masa sekolah dulu. sri dan ujie. dua-dua beranak dua. hehe. ujie (tengah) sangat slim okeh. sangat jeles tengok dia. sri dok satu taman dengan aku. nak tempah coklat boleh call dia. ha, coklat untuk goodie bag tu tempah dengan dia la..beli 30 dapat percuma 13 batang.hehe. tq sri :D

ok..sekian. Majlis Sambutan Hari Lahir Nabil dan Damia untuk tahun ini. tahun depan nak buat tema apa pulak ye?

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

7 comments:

syawalsimpsons said...

meriahnyer...rugi tak dapat join ni...

nanakimie said...

wah,cantik tema merah:)

epy belated besday nabil&damia:)

aNiM said...

@syawalsimpsons: aah. rugi tak join. hehe. takpe next year kita buat party masa maklang cuti ye.

@nanakimie: terima kasih auntie nana :)

fieda said...

miss u all..mesti meriah kan..seronok nmpk..

aNiM said...

@fieda: ala kak..bole la. tapi mood kanak2 tengah tak best sebab tak sihat. x byk gmbr diorg. biasala diorang ni cukup umur je mesti nak dapat upah. demam batuk sesema. pakej.

Outbound di malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

hairul392 said...

Salam nak tanya air menirel tu beli kat mana yer.. comel..